SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, April 13, 2014

LAWATAN BENCHMARKING SMK KOTA BAHARU, KELANTAN , 21 MAC 2014

Kecemerlangan Program Sarana Ibubapa dan sekolah di SMKTTJ terus mendapat perhatian daripada sekolah-sekolah lain.

Kali ini , kita menerima kunjungan daripada SMK Kota Baharu , Kelantan. Hasrat mereka untuk melihat program Sarana ini diluahkan melalui Puan Norizan yang baru berpindah sebagai guru daripada SMK Kota Baharu.
Alhamdulillah, kita menerima kunjungan ini sebagai satu penghargaan dan penghormatan terhadap usaha gigih seluruh warga sekolah ini terutamanya para ibubapa yang selama ini berhempas pulas menjayakan program ini sebaik mungkin.

Seawal jam 9 pagi pada tarikh yang dijanjikan, rombongan SMK Kota Baharu selamat berada di perkarangan sekolah ini dengan jumlah peserta lawatan seramai 40 orang yang terdiri daripada para guru dan para pelajarnya. Rombongan ini diketuai sendiri oleh Pengetua sekolah berkenaan dan barisan guru penolong kanan yang lain.

Walaupun pada hari ini adalah hari persekolahan bagi sekolah kita, (Jumaat) , namun kita menerima kehadiran mereka dengan penuh bangga dan tidak sedikit pun menimbulkan masalah. Ini kerana segala urusan sambutan dan penyediaan bahan dan cenderahati serta susunan program dilaksanakan oleh para ibubapa!

Menerusi lawatan ini, kita berpeluang memaparkan konsep baru tentang peranan PIBG yang sudah jauh berbeza daripada peranan dan pemahaman tentang PIBG selama ini. Para ibubapa kini sudah mampu memikul segala amanah yang diberikan seperti mana yang selalu dilakukan oleh para guru sebelum ini. Mereka mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab untuk menjayakan lawatan ini sepenuhnya dan para guru tidak terganggu malah terus berada di kelas untuk menjalankan P & P .

Di sini ibubapa berperanan di dalam menyambut, memberikan penerangan dan sebagai fasilitator di dalam kelas, membacakan doa, menjadi juruacara, menempah dan menghidangkan makanan, menyediakan bahan pameran dan dokumentasi , serta menjawab soalan-soalan dan berkongsi pengalaman secara terus dengan para tetamu.

Taklimat Sarana disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri.




Aturacara pada hari itu dimulakan dengan sessi salam perkenalan oleh juruacara, Puan Azlin dan diikuti dengan sarapan pagi. Setelah itu, bacaan doa dan diikuti dengan taklimat Sarana oleh Tuan Pengetua sendiri. Setelah itu, sessi soaljawab diadakan di mana segala soalan dijawab terus oleh ibubapa yang hadir. Seterusnya para pelawat dibawa meninjau ke kelas-kelas untuk melihat perlaksanaan program keceriaan kelas di sekolah ini.

Indahnya program pada kali ini ialah apabila ia dilakukan sendiriri oleh ibubapa. Perkongsian pengelaman secara terus oleh para ibubapa adalah sesuatu yang amat menarik kerana ia berlaku secara jujur tanpa tapisan dan diedit mengikut citarasa sekolah.

Ternyata para pelawat amat berpuashati dan berasa selesa berada di sekolah ini pada sepanjang sessi lawatan. Seperti kata Tuan Pengetua SMK Kota Baharu, " Sesungguhnya sekolah ini telah berjaya merubah peranan tradisi PIBG sebanyak 360 darjah!..".

Seterusnya, para pelawat di bawa melawat secara bebas di semua kelas yang berada di sekolah ini secara bebas dan dapat bertanya secara terus kepada ibubapa dan para pelajar. Mereka dapat berkongsi pengalaman secara terus dengan ibubapa yang selama ini memang terlibat secara terus menlaksanankan program ini.

Bagi pihak sekolah , kita tetap berbangga kerana sekurang-kurangnya , kini, SMKTTJ sudah mula menjadi perhatian dan minat untuk sekoalh lain untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dengan sekolah ini telah tercapai. SMKTTJ kini sudah mampu mengubah imejnya selama ini dan menjadi sebuah sekolah yang menjadi perhatiaan dan tumpuan orang ramai di seluruh negara.

Ketika orang lain, baru ingin memulakannya, kita sudah mampu berlari jauh dan menjadi ikutan kepada orang lain...Syabas! buat semua...







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...