Sebagai salah satu daripada beberapa program ke arah peningkatan kecemerlangan Kelas KRK ialah Program Penguasaan Bahasa Inggeris Komnunikasi kepada semua pelajarnya.
Melalui ini diharapkan pelajar-pelajar KRK SMKTTJ akan mempunyai satu identiti baru iaitu 'Semua pelajar KRK boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
Justeru itu satu inisiatif hebat telah diambil oleh ibubapa kelas 2UIA sendiri ( melalui program Sarana) iaitu dengan mengadakan kelas Bahasa Inggeris komunikasi pada setiap hari selasa, jam 2.30 hingga 3.30 petang.
Walaupun ia dibuka untuk para pelajar 2UIA, namun, para pelajar lain juga ditawarkan untuk menyertainya.
Program ini keseluruhannya adalah diuruskan dan dipantau oleh ibubapa pelajar sendiri di samping bantuan daripada guru kelas berkenaan. Tenaga pengajarnya juga adalah daripada ahli komuniti Taman Tuanku Jaafar.
Para pelajar dikenakan sedikit bayaran yang berpatutan sebagai yuran bagi kelas komunikasi ini. Rata-rata para pelajar yang ditemui amat berpuashati dan seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas ini.
kejayaan program ini juga adalah gambaran kehebatan dan keberkesanan program Sarana yang dijalankan di sekolah ini. Syabas! buat semua guru dan ibubapa yang terlibat...
No comments:
Post a Comment