SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, April 13, 2014

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK SARANA SMKTTJ DI HADAPAN TASKFORCE KPM, 7 MAC 2014, PUTRAJAYA.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang paling bertuah buat PIBG dan sMKTTJ secara keseluruhannya apabila kecemerlangan Program Sarana yang dilaksanakan di SMKTTJ mendapat pengikhtirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila dijemput untuk membentangkan perlaksanaan Sarana di hadapan Taskforce KPM , di Putrajaya.

TaskForce ini dipengerusikan oleh Yang berbahagia, Timbalan Ketua Pengarah  Dato Hj. Sufaat bin Tumin dan disertai oleh semua pengarah-pengarah JPN negeri-negeri di seluruh negara.

Pembentangan telah dilakukan oleh Dato YDP PIBG. Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan pengetua dan beberapa orang guru serta ibubapa yang sanggup datang memberikan sokongan .

Tajuk pembentangan adalah berkaitan perkongsian amalan terbaik Sarana di sekolah, terutamanya yang berkaitan dengan Sarana Ibubapa yang merupakan sesuatu yang sukar dilaksanakan dikebanyakan sekolah , namun berjaya dengan cemerlang di SMKTTJ.

Ternyata pembentangan ini mendapat pujian yang hebat daripada Dato Sufaat sebagai pengerusi panel dan beberapa orang pengarah negeri yang hadir.  Menurut  Dato Hj. Sufaat, ternyata Sarana yang dipaparkan oleh SMKTTJ amat berbeza dengan amalan yang berlaku di sekolah-sekolah lain dan kita telah berjaya memberikan menifestasi dan pengertian yang sebenarnya tentang Sarana.
Kehadiran ibu-ibu Sarana yang memberikan sokongan ternyata begitu mengujakan para ahliu TaskForce di  atas komitmen dan pengorbanan yang dilakukan oleh para ibu-ibu Sarana ini.

Sebenarnya mereka ini, begitu teruja untuk bersama memberikan sokongan dan kerjasama dengan bersedia seawal jam 6.30 pagi di Masjid Taman Tuanku Jaafar untuk bergerak ke Putrajaya.

Kepuasan dan kegembiraan terlihat jelas pada wajah ibu-ibu Sarana dan para guru yang bersama apabila segala kerja keras mereka selama ini mendapat pujian dan penghargaan yang tinggi oleh pihak KPM.

Kerjasama dan kesatuan antara para guru dan ibu-ibu ini amat mengkagumkan. Inilah sebenarnya realiti dan keperluan pewujudan Sarana ibubapa ini sebenarnya. Bukan hanya ibubapa dan para guru dapat bekerjasama di dalam segenap aktiviti dsan program yang dianjurkan , namun yang lebih penting adalah keakrabab dan hubungan baik antar kedua-duanya. Tidak ada lagi jurang yang memisahkan antara ibubapa dan para guru. Kita sudak menjadi sebahagian daripada warga sekolah SMKTTJ yang hebat...

Tahniah dan Syabas!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...