SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 6, 2013

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL OLEH IBU-IBU SARANA....




KEHEBATAN IBU-IBU SARANA SMKTTJ...walaupun semasa cuti dan peperiksaan sedang berjalan..mereka sentiasa memberikan sokongan dan komitmen yang hebat...

Gambar ini diambil pada sebelah pagi sebelum ketibaan rombongan pelawat daripada SMK Bekenu, Miri , Sarawak.

Seperti yang telah dimaklumkan, mereka segera datang ke sekolah dan terus melakukan kerja -kerja menyediakan fail-fail dan bahan dokumentasi serta menyusunnya di atas meja di Bilik Konfrensi. Kerja-kerja ini yang 100% dilakukan oleh mereka tanpa kekok dan janggal...

Melihat kegigihan mereka ini , saya sentiasa bersyukur dan terasa sayu...

Pemandangan seperti ini memang sesuatu yang ganjil dan tidak pernah saya alami sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah...

Saya syukur kerana segala yang disampaikan, segala hasrat dan luahan rasa saya untuk mendapatkan kefahaman ibubapa di sekolah ini diserap dan benar-benar dihayati dan dipraktikkan oleh mereka semua. Memang sesuatu yang sukar sebelum ini.

Saya juga bersyukur kerana dengan penglibatan mereka ini, dapat menghapuskan tanggapan negatif setengah-setengah pihak bahawa ibubapa di sini tidak mahu menyokong dan membantu sekolah. memang diakui sebelum ini , begitulah sikap sebilangan mereka.
Namun dengan program Sarana dan penglibatan hebat mereka ini, terbukti, jika kena caranya dan ada pula komitmen dan usaha gigih daripada semua pihak di sekolah dan sokokngan PIBG, segalanya dapat di atasi...

Respon yang diberikan oleh mereka ini juga amat hebat...itu yang membuatkan saya kagum dan sentiasa hormat akan sikap mereka ini. 

Saya hanya berdoa agar mereka ini terus idstiqamah di dalam mengerjakan amal kebajikan ini dan sentiasa kuat dan tabah di dalam menghadapi apa jua cabaran dan cemuhan dan kata-kata negatif sebahagian masyarakat dan manusia-manusia yang sentiasa cemburu melihat orang yang ingin berbuat kebajikan.

Memang bukan suatu yang mudah untuk dilakukan. tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab, amat sukar untuk mereka menghulurkan bantuan sebegini rupa. Ramai orang yang punyai kelapangan dan tenaga serta wang ringgit, namun jika tidak terdetik di dalam hgatinya untuk membantu, sudah pasti mereka tidak akan membantunya. Namun, inilah yang dibuktikan oleh ibu-ibu ini yang membuatkan saya kagum dan sentiasa menyanjung mereka.





Mereka sentiasa cepan memberi respon terhadap segala perkara dan perkembangan berkaitan aktiviti sekolah. Sebarang tugas yang diberikan, tidak pernah mereka mengelak dan menolak. Malah mereka sentiasa pro-aktif.


Sebagai contoh, apabila dimaklumkan bahawa panel penilai PIBG Cemerlang akan datang pada 12 Disember 2013 ini, mereka terus menghubungi rakan-rakan mereka , menempah makanan, menyusun program dan meng'updated' segala maklumat dengan cepat.  TAHNIAH & SYABAS!


Tiada apa yang dapat saya lakukan dan balas budi baik mereka , hanya lah mendoakan kesejahteraan, keberkatan , kemurahan rezeki, kesihatan dan kebahagian mereka di dunia dan akhirat...Moga-moga segala usaha mereka ini menjadi ibadah dan dibalas dengan pahala oleh Allah swt...





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...