SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, December 4, 2013

MAJLIS DIALOG IBUBAPA & TENAGA PENGAJAR-PERANCANGAN 2014

 ALHAMDULILLAH.....

Terlaksa sudah satu lagi program yang dijalankan dalam musim cuti sekolah ini. walaupun musim cuti dan ramai guru yang sudah bercuti dan menjadi pengawas peperiksaan, namun, program di SMKTTJ tetap berjalan dengan lancar.

Apa yang menariknya ialah semua program ini dijalankan dan dianjurkan oleh para ibubapa sendiri!...

Program yang dilaksanakan pada 23 November 2013 yang lalu, juga adalah merupakan program julung-julung kali yang diadakan antara ibubapa dan pengurusan sekolah di dalam merancang dan menilai program yang dijalankan di sekolah.

Antara objektif program ini ialah:

1. Menerangkan dan membincangkan perlaksanaan program akademik, Hem, Ko-kurikulum, Sarana dan PIBG 2014.

2. Mendapatkan sokongan dan penglibatan ibubapa di dalam membantu menguruskan program-program di sekolah.

3. Memberikan penjelasan tentang Sarana Ibubapa dan mendapatkan penyertaan ibubapa .

4. Menerangkan tentang perjalanan PIBG dan perancangan 2014.

5. Memberikan pendedahan suasana pembelajaran sekolah kepada bakal-bakal pelajar dan ibubapa tingkatan 1 sessi 2014.

Penglibatan ibubapa pada program ini amat memberangsangkan . Dianggarkan sehingga 250 orang ibubapa yang hadir. Ada sebahagian ibubapa yang turut membawa anak-anak mereka bersama.

Antara aktiviti yang diadakan di dalam  majlis ini ialah:

1. Taklimat perancangan program-program akademik, Hem, Kokurikulum, Sarana dan PIBG 2014.

2. Pendaftaran sukarelawan KISB? Sarana Ibubapa

3. Lawatan ke kelas-kelas di dalam program Sarana / keceriaan kelas.

4. Sessi dialog program-program sekolah antara ibu bapa dan sekolah.


Dengan perlaksanaan program poada hari ini, SMKTTJ menjadi antara sekolah yang pertama mengadakan sessi dialog perancangan program-program akademik, Sahsiah , Ko-kurikulum di negeri ini.


Tujuan program ini di adakan adalah selari dengan usaha dan perlaksanaan Sarana ibubapa dan sekolah di mana, sekolah mengharapkan agar penglibatan ibubapa, swasta, komuniti , NGO dan orang ramai dapat dipertingkatkan agar penyertaan mereka di dalam membantu sekolah dapat dicapai ke tahap maksimum.

melalui penerangan Sarana yang disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri, beliau berhasrat untuk membuka segala ruang dan peluang bagi semua pihak membantu sekolah di dalam segenap aspek. justeru itu, beberapa program dan bahagian-bahagian pengurusan, akan ditawarkan dan dibuyka penyertaannya kepada ibubapa. Sebagai contohnya, Jawatankuasa -jawatankuasa seperti pengurusan sukan, kejurulatihan, muzik, kewangan, keceriaan, pembangunan, sahsiah dan sebagainya akan dibuka kepada ibubapa dan komuniti yang berminat.

Buat masa ini beberapa orang ibubapa dan komuniti telah menyatakan hasrat untuk terlibat secara aktif seperti menjadi jurulatih sepak takraw, bola jaring, muzik, Qasidah, lawatan dan rekreasi, keselamatan dan akademik.

Diharapkan dengan penglibatan aktif mereka ini akan dapatr membantu mempercepatkan usaha sekolah untuk menjadikan SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang  hebat dan ke arah sekolah kluster...InsyaAllah..

Tahniah dan syabas kepada semua AJK Sarana sekolah yang begitu gigih berusaha menjayakan program ini.
kehebatan ibubapa ini di dalam memnguruskan program seperti ini , amat-amat dikagumi dan sesuatu yang amat dibanggakan. Semoga kerjasama ini akan berterusan sehingga sampai bila-bila jua...










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...