SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 6, 2013

SUCI SEKEPING HATI- PN. ZURINA ZAINUDDIN

SUCI SEKEPING HATI

sekeping hati
dibawa berlari.
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matumu wahai pejuang

tapi jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa

akan kuatkah
kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti
akan kaburkah
mata yang meratap
pada debu
yang pastinya hinggap
mengharap senang dalam berjuang
bagai merindu rembulan
di tengah siang

jalannya
tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh
hujungnya belum tiba

Sajak cipta Puan Zurina Zainuddin -Bendahari Sarana SMKTTJ. Seorang ibu yang sangat aktif dan perihatin terhadap segala usaha-usaha sekolah. Terima kasih dan syabas!


sajak ini saya paparkan sebagai tanda terima kasih terhadap keperihatinan beliau dan para ibubapa Sarana yang memahami perasaan saya ketika dilanda musibah baru-baru ini. Sokongan moral yang diberikan menjadikan saya yakin bahawa segala usaha kebaikan yang dilakukan di sekolah ini sentiasa mendapat sokongan dan kefahaman yang kuat oleh semua ibubapa.

Saya berjanji akan berusaha memartabatkan SMKTTJ semoga seluruh warga sekolah dan masyarakat terutama ibubapa di sekolah ini akan sentiasa berasa gembira dan yakin akan kejayaan anak-anak mereka pada sepanjang tempoh pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini. Semoga semuanya akan berasa bangga berada di sekolah ini dan bersama-sama mencipta kejayaan.

Terima kasih dari setulus hati saya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...