sejak sekian lama menunggu dengan penuh debaran, akhirnya penilaian PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan sampai ke SMKTTJ .
Pada 12 Disember 2014, penilai daripada KPM telah hadir ke SMKTTJ untuk melihat perjalanan PIBG dan aktivitii berkaitan untuk memastikan sama ada SMKTTJ berjaya memasuki 16 pasukan terbaik untuk bertarung pula di peringkat akhir yang dianggarkan akan dilangsungkan pada bulan Januari 2014 yang akan datang ini.
kedatangan penilai dan pegawai daripada JPNS ( Puan Sanisah, Encik Abd. razak) dan PPD (Puan Khalida) disambut oleh kira-kira 50 orang ibubapa, AJK PIBG, AJK Sarana , Komuniti dan kolej swasta serta universiti yang menjadi rakan sarana kita selama ini. Antara yang sempat hadir pada pagi itu ialah Datin Khalijah Abd. hamid (NYDP PIBG), datin Mustakizah (Isteri YDP PIBG), Encik Mohd. Hafis (Pengarah Cosmopoint, Seremban) dan Encik Ridzwan ( MSU). Turut hadir adalah ahli komuniti daripada Mampan Corperation dan ahli masyarakat sekitar TTJ ini.
Bagi pihak sekolah, Selain pengetua, turut hadir ialah GPK Akademik, Ketua-Ketua Bidang, Puan Suzieliana (memangku GPK KOku), Krew lensa , guru ICT dan beberapa orang lagi. Encik Malik Rejab pula bertindak sebagai pembentang pada hari berkenaan.
dalam lawatan penilaian ini , antara tugas penilai adalah untuk melihat pematuhan instrumen penilai oleh sekolah calon dan aktiviti yang dilaksanakan di samping inovasi utama PIBG.
Alhamdulillah, segala perkara yang diperlukan telah disediakan dan ternyata SMKTTJ telah mematuhi segala keperluan untuk penilaian ini.
Bagi aspek innovasi pula , SMKTTJ memaparkan perlaksanaan dan aktiviti yang berkaitan dengan Sarana IBUbapa dan Sarana Sekolah yang selama ini memang telah menjadi salah satu kebitaraan sekolah ini.
Justeru itu, untuk program pada hari tersebut , semua gerak kerja telah dilakukan sebahagian besarnya oleh ibubapa sendiri.
Bermula dengan menyususn bahan-bahan dokumentasi seawal jam 7.00 pagi, mereka juga turut menyambut kehadiran penilai ini, menjadi juruacara, pembaca doa, menguruskan tempahan makanan, menguruskan lawatan ke kelas dan memberikan penerangan berkaitan keceriaan kkelas dan kesan pelaksanaan Sarana, menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh penilai, menempah cenderamata, mengambil foto, menyampaikan cenederamata, buku program dan menguruskan semua perkara yang berkaitan
Alhamdulillah, ternyata para ibubapa dan ahli komuniti SMKTTJ inii, amat memahami akan pelaksanaan Sarana, visi , halatuju dan kesannya terhadap pelaksanaan Sarana ini.
Pada akhir penilaian ini, objektif program ini iaitu selain daripada menilai pencapaian PIBG ia juga memberikan gambaran dan makna yang besar di dalam mempamerkan komitmen dan kerjasama yang erat antara sekolah dan ibubapa serta komuniti melalui program sarana ini. Ternyata ibubapa SMKTTJ amat hebat dan komited terhadap memastikan kecemerlangan sekolah dan Sarana dapat dikecapi.
Bagi para guru yang sempat hadir juga, adalah bukti komitmen hebat sebahagian guru yang mengorbankan masa cuti, tenaga dan wang ringgit demi untuk melihat kecemerlangan sekolah.
Apa yang penting ialah kerjasama dan komitmen ini perlu diteruskan. InsayAllah, berkat kerjasama dan keyakinan ini , pastinya akan membuahkan kejayaan yang hebat.
No comments:
Post a Comment