Sempena menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba, suatu majlis ucap salam antara semua warga sekolah telah diadakna pada harijumaat terakhir sebelum cuti sekolah pada 2 Ogos 2013 yang lalu.
Program ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi memberi peluang dan didikan bagi semua warga sekolah , khususnya para pelajar agar menghargaai jasa guru -guru mereka. dengan mengucapkan Selamat hari raya Aidil Fitri, sekurang-kurangnya para pelajar dapat berterima kasih terhadap segala sumbangan dan penat lelkah guru di dalam mendidik mereka.
Suatu gambaran yang amat menyeronokkan dan mengharukan juga melihatkan hubungan dan kasih sayang yang ditunjukkan antara guru dan para pelajar.
Bagi para guru juga, mereka dapat melupakan segala persengketaan dan perasaan yang kurang baik , sebaliknya bersalaman dengan penuh kemesraan.
Sempena majlis ini juga, Tuan Pengetua telah berkesempatan juga beramah mesra dengan pemain-pemain bolasepak perempuan sekolah ini yang juga menjadi pelatih kepada Tuan Pengetua sendiri.
Kesempatan bergambar bersama dan saling mengucap selamat menyerlahkan keakraban dan hubungan mesra antara pengetua dan anak didik di sekolah ini.
Tidak lupa juga, tuan pengetua berkesempatan menyumbangkan duit raya kepada mereka sebagai tanda ingatan .
sELAMAT hARI rAYA aIDIL FITRI mAAF zAHIR DAN bATIN....
No comments:
Post a Comment