Alhamdulillah.....Kejayaan program sarana SMKTTJ amat terserlah melalui penglibatan pelbagai pihak di dalam menjayakan kenduri Sarana sempena Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana SMKTTJ bersama Sekolah-sekolah Zon Senawang 2013.


1. AJK Sarana- Ibubapa
2. Perkep ( persatuan Isteri-Isteri polis Senawang)
3. KPJ Hospital
4. Yayasan pelajaran Mara
5. Cosmopint/ UNIKL
6. PTPL/ MSU

8. Mystar
9. IKRAM
10. Jabatan Kesihatan

12. Surau Assobirin
13. Kem 15 melayu
14. Maahad Tahfiz Assadiyah

16 SMATT ( Sekaterat mahasiswa Timur Tengah)
Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program ini pula ialah:
1. SMK Taman Tuanku Jaafar sebagai tuan rumah
2. SMK senawang
3. SMK senawang 3
4. SMK Seremban Jaya

6. SK Taman Tuanku jaafar
7. SK Taman Tuanku Jaafar 2
Sepanjang program kenduri Sarana ini , sokongan yang diberikan amatlah memberangsangkan. Antara pihak yang telah menghantar anggota untuk menjayakan program ini ialah :

2. Cosmopoint - menyumbang tenaga membantu menyediakan skype dan memasak lauk. Seramai 20 orang pelajar dan pegawai terlibat.

4. SMATT (- menyumbang dan menaja Imam solat Tarawih daripada Mesir

Selain itu, bagi menjayakan Sarana ini juga, pihak ibubapa telah berganding sama melalui penglibtan diiri sebagai AJK bahagian-bahagian tertentu daan turut menyumbang tenaga dan wang ringgit menyumbang 44 ekor ayam untuk kenduri ini.
Aktiviti gotong royong kenduri Sarana ini melibatkan aktiviti seperti "
1. Memasak makanan dan lauk untuk berbuka puasa
2. Memasak bubur lambuk
3. Memasak wade dan muruku oleh ibubapa pelajar India
Selain program Kenduri Sarana ini , program pembudayaan Al-Quran ini juga melibatkan aktiviti lain iaitu, Iftar Ramadhan, Solat tarawih, penyampaian sumbangan hari raya untuk anak yatim dan pelajar miskin, pelancaran Tabung Dana pelajar Miskin/ Anak yatim dam majlis penutupan. Penutupan program dan penyemapaian sijil kepada semua partners yang telah memberi sumbangan di dalam menjayakan program ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Shamsul Kahar Mohd. Deli ( EXCO) . turut hadir sama ialah Puan Hjh. Kalsom Khalid, Pengarah JPNS, Dr. Hayati ( Unit PADU, KPM).
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan berjaya dengan cemerlang. penglibatan semnua pihak menjadi model bagi perlaksanaan sarana di sekolah.
Program ini tambah menarik apabila turut dikunjungi oleh media TV3 ( wanita Hari Ini) dan Nasi Lemak Kopi 0 yang turut membuat rakaman perjalanan program untuk siaran opada 5 Ogos 2013.
Bagi tahun 2014, sebuah NGO daripada Selangor telahpun menyuarakan hasrat untuk turut bersama dan berhasrat untuk menyumbang naskag Al-quran yang cukup banyak serta mahukan agar SMKTTJ menjadi tuan rumah kepada program ini secara terus.
No comments:
Post a Comment