Rakaman Program sarana SMKTTJ dalam Wanita Hari Ini (TV3)-29 Ogos 2013
Rakaman
Sarana SMKTTJ oleh krew Waniuta Hari Ini (TV3). Aktivitinya ialah
melihat sumbangan ibubapa pelajar di SMKTTJ di dalam menghias kelas,
menceriakan dan menjayakan bulan kemerdekaan dan mengecat pinti kelas
dengan warna dan imej baru. Syabas! kepada ibubapa yang hadir menjayakan
program pada pagi ini dan bersungguh-sungguh membantu.
Ketika pelajar
meneruskan P & P , ibubapa menghias kelas dengan tekun. Terima kasih
kepada TV3 yang membantu pihak sekolah di dalam menjayakan dan
mewar-warkan akan kejayaan SARANA di sekolah ini. Suatu suntikan
semangat kepada ibubapa dan pihak sekolah. Sekurang-kurangnya usaha kami
ini dihargai oleh pihak KPM dan media di peringkat kebangsaan.
Banyak sudah faedah yang diperolehi daripada SARANA ini. Hari ini
sambil menikmati sarapan bersama ibubapa ini, seorang ibu menghadiahkan
buku-buku latihan untuk kegunaan sekolah dan menawarkan usaha untuk
mewar-warkan Sarana SMKTTJ ini di akhbar tempatan melalui suami beliau
yang bekerja di Utusan Melayu Bhd....
Ketika saya menyebut
tentang hasrat untu menyediakan "day care centre' buat anak-anak guru ,
kakitangan dan ibubapa di sekolah ini, beliau terus menawrkan diri untuk
berkhidmat di pusat tersebut nanti...Alhamdulillah...siapa kata Sarana
ini membebankan sekolah...!..
Benarlah seperti yang selalu saya
sebutkan..."SARANA ibubapa ini adalah suatu rahmat dari Allah, yang
banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah dan
guru-guru"...Terima kasih buat semua warga SMKTTJ dan ibubapa
terhebat...!
Aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah mengecat pintu kelas, menghias kelas dengan tema bukan kemerdekaan serta menambahbaik keadaan kelas.
Kehadiran penjaga untuk aktiviti ini sudah bermula sejak jam 8.00 pagi lagi. Walaupun hari ini adalah hari bekerja dan mereka sibuk dengan menguruskan keluarga, namun mereka tetap dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan program bersama sekolah. Semangat inilah yang sukar untuk ditemui di kalangan ibubapa di tempat lain.
Kita harap semangat ibubapa di sini , akan dapat membuka mata masyarakat akan betapa pentingnya penglibatan ibubapa di dalam membantu sekolah dan mencemerlangkan sekolah. memang sukar untuk menyakinkan ibubapa dan masyarakat tentang kepentingan penglibatan mereka di dalam program seperti ini. Ada ibubapa yang tidak peduli dan ada juga yang tidak ambil pusing langsung tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment