SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, February 3, 2013

TAHIAH PASUKAN MERENTAS DESA SMKTTJ DI MSSD SEREMBAN 2..19 JANUARI 2013

Moto 'SERLAHKAN KEHEBATAN', yang menjadi motto kecemerlangan sekolah pada tahun ini, benar-benar telah dapat diterapkan dan dihayati oleh pasukan Merentas Desa sekolah yang bertanding di dalam MSSD Seremban 2 pada 19 Januari 2013 yang lalu, apabila buat kali pertamanya mencatat sejarah :

1.Johan Individu Perempuan Kelas 2
2. N. Johan Kelas 2 Perempuan
3. N. Johan Kelas 2 Lelaki
4. N. Johan Kelas 1 lelaki

Walaupun kita tidak berjaya meraih tempat johan dalam acara berpasukan , namun pencapaian sebagai naib johan ini sudah cukup untuk memaparkan semangat gigih setiap anggota pasukan untuk menjulang nama sekolah berbanding tahun sebelumnya yang ternyata kita jauh ketinggalan. Keadaan ini juga telah cukup untuk membuka mata setiap orang akan kebangkitan SMKTTJ di dalam bidang sukan di peringkat daerah .


Syabas dan Tahniah kepada setiap pelari kita dan guru-guru yang telah membimbing mereka ke arah mencipta kejayaan yang amat hebat ini.

Kita yakin dengan kesungghuhan dan komitmen yang tinggi, sudah pasti, pada tahun hadapan kita akan mampu mencabar sekolah lain di daerah ini dengan lebih hebat lagi.

Kiat juga mengharapkan peserta kita yang mewakili daerah ke peringkat MSSNS, akan terus membuktikan kehebatan ini dan mengharumkan nama sekolah .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...