SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 15, 2013

LAWATAN & KAJIAN MODEL JELAI DI SMK JELAI FELDA ....31 JAN 2013

 SMK JELAI FELDA memang banyak meninggalkan memori yang indah buat saya semasa berkhidmat di sana daripada 1 Julai 2008 sehingga 1 April 2011. Selain merupakan sekolah pertama saya di tempatkan sebagai pengetua, ia juga menjadi kenangan indah di atas bebarapa pengalaman manis bersama kelompok guru yang hebat, rakan pengurusan yang aktif dan pro aktif serta masyarakat Felda yang mesra dan pelajar yang hebat.

Sesuatu yang tidak terduga, apabila kaedah dan pendekatan pendidikan berasaskan agama dan nilai akhlak mulia diterapkan di sekolah ini di semua peringkat sehinggakan menghasilkan kecemerlangan dan perubahan yang hebat , yang saya sendiri tidak sangkakan. namun begitulah kehendak Allah dan disokong dengan kepercayaan semua warga sekolah di bawah satu misi iaitu untuk Mengubah Imej , Mencabar Imej Lama dan Mencipta Imej Baru .

Ternyata  hasil daripada kaedah dan pendekatan yang diterapkan ini , telah berjaya menarik minat beberapa rakan pensyarah untuk membuat kajian bagaimana sekolah ini boleh berubah menjadi sekolah yang cemerlang.

Berdasarkan perancangan 3 tahun bermula 2009 ,yang mensasarkan kejayaan pada tahun 2011, terbukti pendekatan ini telah berjaya menghasilkan kejayaan yang cukup hebat. kemuncak kepada kejayaan sekolah ini adalah [pada tahun 2011 apabila ia dianugerahkan Baiah pengetua dan dicalonkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan.

Namun begitu jika disorot kembali sejarah kecemerlangan sekolah ini, ia pernah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang Kebangsaan pada tahun 2010. 

Kejayaan--kejayaan juga dicapai di dalam semua bidang. Pencapaian akademik yang meningkat setiap tahun, ko -kurikulum dan sukan juga amat cemerlang.

Pada tahun 2009, seramai 13 atlet sekolah ini telah terpilih  mewakili MSSMNS  ke Kejohanan Olahraga MSSM . jumlah ini merupakan jumlah terbesar penglibatan pelajar disesebuah sekolah di negeri Sembilan dengan prospek menghasilkan 7 emas. Dalam kejohanan MSSD Tampin 2009 juga, sekolah ini menggondol 39 emas dengan meninggalkan pencabar terdekatnya pada 12 emas.

Justeru itu, pensyarah Encik Mohd. Zakri daripada Institut Pendidikan Raja Melewar dengan kerjasama beberapa pensyarah di UKM telah membuat kajian berasaskan tajuk" Tranformasi  Sekolah berasaskan  Model Jelai (F), dengan responen kajian terdiri daripada belas Pengetua Omar Ahmad dan guru-guru pada tahun berkenaan.

InsyaAllah, hasil kajian ini nanti dicadangkan untuk diterbitkan di jurnal antarabangsa dan tempatan. Ini secara tidak langsungnya , sudah pasti akan melonjakkan nama SMK Jelai felda ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi.

Turut hadir dan terlibat di dalam kajian ini ialah encik NurHaslin Mokhsin bekas ketua Bidang dan penyelaras ICT sekolah ini yang kini bertugas di PPD Tampin dan tuan Haji Kasim, guru Penolong Kanan Akademik  dan ustaz Rizal Bin Kemis yang banyak membantu menjulang nama sekolah di dalam bidang sahsiah terutamanya memacu kejayaan BADAR ( Badan Dakwah dan Kerohanian) sekolah.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...