2 FEBUARI 2013..Sejarah tercipta di SMK Taman Tuanku Jaafar, apabila hasrat ibu bapa yang dihasratkan melalui Progran SARANA anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia benar-benar dapat direalisasikan di sekolah ini. Pelopor kepada kejayaan program ini dimulakan di kelas 2UM di bawah seliaan Guru tingkatan Puan sabariah Seman.
Pada hari ini , ibu bapa para pelajar kelas 2UM dengan dibantu oleh anak-anak pelajar di kelas berkenaan dan guru-guru, mereka telah menjayakan kerja-kerja gotong royong menghias, mengecat dan memasang peralatan baharu di dalam kelas berkenaan demi keselesaan anak-anak mereka belajar.
Syabas ! dan tahniah! serta ucapan terima kasih yang teramat tinggi buat semua ibu bapa , para pelajar dan guru kelas berkenaan yang telah berjaya mencipta sejarah penglibatan ibu bapa di dalam membantu kecemerlangan sekolah.
Bermula dengan mesyuarat di kalangan ibu bapa yang diadakan lebih kurang 2 minggu yang lalu, mereka telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjadikan SARANA sebagai realiti. kesungguhan dan komitmen tingi mereka jelas terpancar dengan usaha mereka mengadakan mesyuarat pada malam hari , dengan disertai ibu bapa yang ramai dan dengan membawa hidangan dari rumah masing-masing. pada malam berkenaan juga, mereka telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM600.00 sebagai permulaan bagi menjayakan program di dalam kelas berkenaan.
Pelbagai cadangan dinyatakan oleh ibu bapa berkenaan yang semuanya amat positif dan proaktif demi menjayakan program ini. Saya amat kagum dengan sikap mereka . Lantas pada hari ini mereka benar-benar membuktikan komitmen dan kesungguhan mereka. Kita menaruh keyakinan yuang tinggi , berkat komitmen yang tinggi , yang ditunjukkan oleh ibubapa ini, InsyAllah , pastinya akan menyuntik semangat yang hebat pada diri anak-anak untuk mencipta kecemerlangan yang hebat juga.
Selain daripada kelas 2UM, beberapa kelas lain juga telah menyatakan hasrat untuk menjayakan program ini. Ada ibubapa daripada kelas lain yang telah menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan gotong royong di anatara mereka untuk menghias kelas anak-anak mereka... Jazzakallah... Kecil tapak tangan, padang SMKTTJ saya tadahkan...
Perangcangan sekolah adalah untuk melibatkan semua ibu bapa di dalam kelas-kelas lain juga. Sehingga kini beberapa kelas telahpun mengorak langkah ke arah itu. Perlancaran Program SARANA ini akan dirasmikan semasa Perasmian Mesyuarat Agong PIBG sekolah pada 23 Febuari ini nanti. SMKTTJ diharapkan akaan menjadi modelk kepada kejayaan penglibatan ibu bapa di dalam program SARANA ini.

Saya pasti, ini merupakan suatu sejarah!...
No comments:
Post a Comment