SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 15, 2013

Mesyuarat Projek Bolasepak Remaja Kebangsaan Bawah 14 -Bersama SU Agong FAM , KPM, JPNS dan SMKTTJ

 Mesyuarat bersama Yang Berbahagia Let. Jen ( Bersara) Dato Izzuddin, Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  yang diadakan pada hari Jumaat, 15 Febuari 2013, di Wisma FAM, Kelana Jaya adalah sesuatu yang amat  berguna dan berjaya menyelesaikan segala masalah di dalam suasana yang penuh mesra.

Perbincangan pada hari berkenaan turut disertai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sukan KPM, Tuan Haji Zainuddin, Cik Hasni dan Encik Romzi. Sementara wakil Jabatan pelajaran Negeri sembilan pula adalah encik Munzir Manan dan pihak sekolah diwakili oleh Tuan pengetua dan Encik Kalaiselvam (GPK Ko Kurikulum).

Pertemuan yang diusahakan oleh Tuan pengetua sendiri hasil perbualan awal bersama Dato Setiausaha Agong FAM, adalah bertujuan untuk menyelasaikan bebarapa isu berkaitan dengan Projek Bolasepak remaja Kebangsaan Bawah 14 tahun yang ditempatkan di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Walaupun pada hakikatnya , sekolah ini telahpun menjadi pusat latihan projek berkenaan semenjak tahun 2010 lagi. ketika itu , hampir 3/4 daripada pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar SMKTTJ sendiri yang tinggal berhampiran sekitar sekolah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan soal keselamatan pelajar , kebajikan pelajar, keselesaan tempat penginapan, aspek pembelajaran / akademik pelajar , peraturan KPM , sistem pengurusan dan peranan masing-masing berkaitan dengaan perjalanan projek ini.


Sesungguhnya, pelbagai perkara dan masalah yang timbul dan isu penting berkaitan projek ini berjaya dirungkai dan masyuarat berjaya dengan cemerlang.

Berdasarkan daripada riak muka dan pernyataan daripada semua pihak ternyata pertemuan ini sesuatu yang berjaya dan semuanya berpuasa hati. Seperti yang dinyatakan oleh Dato Izzuddin, projek ini adalah merupakan agenda negara dan kita mestilah membantu ke arah menjayakan projek ini.


Walaupun kita terpaksa bermula semula daripada awal, namun demi mencari jalan penyelesaian dan memastikan projek ini berjalan terus , maka segala permasalahan di pihak masing-masing dapat  diketepikan demi negara.

Apa yang diharapkan hasil daripada mesyuarat ini  ialah , perjalanan projek ini akan berjalan dengan lebih teratur dan profesional serta aspek keselamatan dan kebajikan para pelatih yang juga merupakan pelajar sekolah ini akan terjamin.

Bagi pihak sekolah, kita bverasa lega dan amat berpuashati dengan keputusan yang diambil hasil daripada perbiuncangan ini. Kita juga melahirkan rasa terima kasih dan kagum dengan layanan yang diberikan oleh FAM khususnya Dato Izzuddin di dalam  membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah berkaitan. Diharapkan selepas ini, pihak sekolah dapat memainkan peranan lebih efektif di dalam membantu menjayakan misi negara ini.


 Kepada  Kementeria Pelajaran khususnya Bahagian Sukan , pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang dihulurkan , hadir bersama-sama untuk membantu sekolah. terima kasih juga kepada Unit Sukan JPNS, Khusunya Encik Munzir Manan yang telah memberikan komitmen dan sering membantu sekolah di dalam menjayakan agenda sukan .













No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...