SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, August 1, 2012

Penyerahan Naskah Al-Quran Kali Ke 2- Program Pembudayaan al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti Taman Tuanku Jaafar 2012.-20 Julai 2012

Perlaksanaan Program pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti semakin rancak dengan setiap sekolah yang terlibat memasuki peringkat kedua pengagihan naskah Al-Quran kepada para pembaca yang terdiri daripada para pelajar di sekolah -sekolah berkenaan. Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, perlaksanaan aktiviti telah dilakukan oleh Tuan Pengetua di Dataran Cendiakawan selepas tamat aktiviti kerohanian Jumaat pada 20 Julai 2012 yang lalu. Dalam majlis berkenaan sebanyak 300 naskah Al-Quran lagiu telah diagihkan kepada para pelajar Islam tingkatan 4 dan 3 (sessi pagi) . Bagi pelajar sessi petang terutamanya pelajar tingkatan 1 dan 2 , telah pun dilaksanakan sebelum ini. Pengagihan peringkat ke 3 dijangkakan akan dilaksanakan pada minggu ini , 3 Ogos 2012.
Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan kegembiraan menerima sumbangan Al-Quran ini. Bagi menjayakan aktiviti tadarus ini, beberapa aktiviti telah diatur bagi memastikan aktiviti pembudayaan ini berjalan. Antaranya ialah, pembacaan Al-Quran pada waktu rehat pada setiap hari. Pada masa ini , para pelajar akan membawa bersama naskah Al-Quran ini ke mana -mana tempat pilihan mereka dan memulakan pembacaan. Bagi menandakann waktu membaca Al-Quran ini, pihak radio sekolah telah menyiarkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sekolah sehingga tamat waktu rehat.
Suasana dan budaya membaca Al-Quran ini amat menarik. Di mana-mana akan terlihat pelajar yang membawa Al-Quran dan di mana-mana juga akan terlihat pelajar yang berkumpul membaca Al-Quran secara bertadarus atau secara membaca sendirian.ternyata suasana dan budaya Al-Quran itu dapat dihidupkan terutamanya bersempena dengan kehadiran Ramadan ini. Jka sebelum ini , masa rehat mereka diisi dengan berbual kosong atau bermain, kini, mereka mengisnya dengan membaca Al_Quran.
Sumbangan Al-Quran juga masih diterima daripada penyumbang-penyumbang dan dijangkan , kita akan dapat mengagihkan Al_quran ini kepada semua pelajar Islam. Di samping itu juga kita berhasrat untuk menyumbangkan atau memanjangkan sedekah para penyumbang ini kepada NGO atau badan tertentu yang juga sudah memohon untuk mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah.
Apa yang kita harapkan adalah agar budaya Al_Quran ini akan terus hidup di dalam sekolah dan masyarakat di taman Tuanku Jaafar dan juga kawasan senawang ini. InsyaAllah, jika setriap penerima komited denbgan visi dan matlamat program inii, InsyaAllah kita akan dapat mewujudkan suatu komuniti Al-Quran di sekitar Taman Tuanku Jaafar ini dan Senawang. Usaha ini seterusnya akan dapat melahirkan dan membentuk semula generasi Al-Quran di kalangan anak muda semoga ia akan dapat memberikan kesejahteraan kepada masyarakat setempat. InsyaAllah , kita yakin, jika semuanya berjalan lancar, generasi muda kita akan dapat diasuh melalaui kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat daripada Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...