SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, June 3, 2012

MERAIKAN KEJAYAAN PELAJAR PPKI MENJADI NAIB JOHAN TILAWAH PPKI PERIINGKAT NEGERI DI SMK SENALING, K. PILAH

ALHAMDULILLAH DAN SYABAS! diucapkan kepada pelajar PPKI daripada SMK Taman Tuanku Jaafar yang telah mencatat kejayaan sebagai Naib Johan Tilawah (perempuan) di Pertandingan tilawah Al-Quran PPKi peringkat negeri di SMK Senaling, Kuala Pilah , baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan semua pihak yang terlibat melatih pelajar ini sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan. Kejayaan sebegini sebenarnya mempunyai erti yang besar di dalam usaha sekolah mahu mencipta nama dalam usaha menjadi sekolah cemerlang atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, kita sebenarnya telah merangka pelan ke arah menjadi sekolah cemerlang. Bagi mencapai kejayaan di peringkat tersebut, kecemerlangan dan pencapaian di dalam setiap bidang sama ada di dalam akademik, ssahsiah/ disiplin dan ko-kurikulum perlulah dihasilkan. Ketika ini . kita telah mengorak langkah yang baik di dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian akademik kita. Namun, pencapaian kita di dalam bidang ko-kurikulum dan sahsiah masih kurang. Justeru itu, kita haruslah meningkatkan pencapaian di dalam bidang ini dan mula mencipta kejayaan- kejayaan yang hebat. Salah satu usaha dan para syarat untuk kita mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi sekolah adalah dengan mencita sebanyak mungkin kejayaan-kejayaan yang hebat. Kejayaan yang dicipta ini penting kerana ia memberikan semangat dan keyakinan kepada semua warga sekolah untuk mencapai kejayaan. Apabila adanya keyakinan ini , maka setiap orang akan tergerak untuk mencipta kejayaan dan berusaha untuk mencapainya. Alhamdulillah, walaupun kita masih jauh ketinggalan di dalam pencapaian di kdalam kedua-dua bidang ini, namun kita yakin dengan kesungguhan dan usaha gigih kita akan mampu melakukannya. Bibit kejayaan sudah mula kelihatan dan kita berharap ia akan terus mekar dan membuahkan kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...