SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Sunday, June 3, 2012
ALHAMDULILLAH...perancangan yang disusun untuk membawa penceramah Dr. Azmi Ahmad, seorang pakar motivasi ke SMK Taman tuanku Jaafar, akhirnya berjaya dilaksanakan . Selama dua hari beliau telah memberikan motivasi kepada para pelajar tingkatan 3 dan 5 , khusus bagi kita memantapkan pengetahuan dan meningkatkan semangat para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini.
Program ini telah disusun di bawah unit kaunseling sekolah. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh tuan Pengetua sendiri .
Antara perkara menarik yang dikemukankan oleh Dr. Azmin adalah berkaitan kaedah mengambil nota yang berkesan iaitu 'kaedah Cornell' , yang dikatan telah banyak menbawa kejayaan kepada para pelajar di setiap sekolah yang dibantu oleh beliau dan diperkenalkan oleh Cornell University, Amerika Syarikat.
Apa yang diharapkan adalah para pelajar akan merealisasikan segala teknik yang diajarkan dan mengaplikasikan nya di dalam pembelajaran seharian mereka.
Bagi para pelajar, apa yang diharapkan adalah agar mereka semua berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan para guru dan usaha yang pelbagai telah dilakukan oleh pihak sekolah sedaya upaya untuk memastikan para pelajar kita mendapat tunjukajar dan bimbingan yang terbaik bagi membantu mereka mencapai kejayaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Tuan pengetua,tidak timbul masalah berkaitan kewangan atau sebagainya, kerana pihak sekolah akan sanggup mencari dana bagi kepentingan pelajar. Apayang diharapkan hanyalah agar para pelajar sentiasa sedia untuk menunjukkan komitmen dan pengorbanan yang sehabis baik demi kecemerlangan diri mereka sendiri.
pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG kerana sudi membantu memberikan dana untuk menampung kos menjayakan program ini. kita berharap agar para pelajar kita akan bersemangat dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan awam dengan yakin hasil daripada tunjukajar dan bimbingan yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment