SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, June 5, 2012

MESYUARAT PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TADARUS PERDANA KOMUNITI -KALI PERTAMA

ALHAMDULILLAH....Perbincangan untuk mengadakan Program Pembudayaan Al- Quran dan Tadarus Perdana yang diilhamkan oleh SMK Taman Tuanku Jaafar, akhirnya mula mengorak langkah dengan mengadakan mesyuarat kali pertamanya pada 25 Mei 2012 yang lalu di Balai Konfrensi SMK Taman Tuanku Jaafar. Pada mesyuarat ini, kehadiran ahli mesyuarat amat membanggakan. Antara yang hadir adalah: 1. SMK Taman Tuanku Jaafar 2. SMK Senawang 3. SK Taman Tuanku Jaafar 1 4. SK Taman Tuanku Jaafar 2 5. Sektor Pendidikan Islam JPNS 6. Cosmopint Seremban 7. Kolej PTPL 8. Hospital KPJ, Seremban 9. Surau Assobirin 10.PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar 11.Usahanita, Seremban 12. RTM- Jakim, Putra Jaya. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, adalah untuk menerangkan dan membincangkan kertaskerja program ini yang telah disediakan dan dibentangkan oleh Tuan Pengetua sendiri. Selain itu, mesyuarat ini juga menetapkan beberapa tarikh berkaitan aktiviti yang akan dijalankan di dalam program tersebut, serta menjelaskan tanggungjawab serta bidang tugas setiap ahli jawatankuasa. Di dalam mesyuarat ini, telah ditetapkan beberapa perkara iaitu: 1. Program utama akan dilaksanakan pada : 8 Ogos 2012 bersamaa 19 Ramadhan 2. Surat rayuan sumbangan Al-Quran akan diedarkan pada 28 Mei 2012 3. Pengagihan Al-Quran kepada pembaca pada 2 Julai 2012 4. Rakaman Promosi program oleh RTM adalah pada 30 Mei 2012 5. Rakaman di lokasi terlibat akan diadakan pada 15 Jun 2012 dan 7 Ogos 2012 6. Mesyuarat kali kedua pada 19 Julai 2012 7. Mesyuarat jawatankuasa ICT pada 15 Jun 2012 Di dalam taklimatnya, Tuan Pengetua menjelaskan bahawa, program ini adalah suatu program bercorak komuniti yang bertujuan untuk menyatujan semua komuniti di sekitar Senawang ini dan juga koleh serta badan swasta serta NGO di dalam suatu program. Program ini juga adalah merupakan suatu pemikiran baru di dalam mengubah konsep dan kaedah di dalam membudayakan Al- Quran di dalam masyarakat , khususnya para pelajar dan anak muda. Di dalam program ini, beberapa aktiviti akan dijalankan . Antara aktiviti itu ialah: 1. Program mendapatkan sumbangan Al- Quran dengan sasaran sebanyak 2000 naskah. 2. Pengagihan Al-Quran kepada kelompok pembaca tertentu yang terdiri daripada pelajar dan anggota masyarakat. 3. Program tadarus Al-Quran mengikut juzuk yang ditetapkan. 4. Program Iftar Ramadhan Perdana di setiap lokasi yang mengambil bahagian 5. Penyampaian bantuan hari raya kepada pelajar miskin dan anak yatim 6. Solat tarawih dan solat berjemaah secara serentak di semua lokasi. Menurut Tuan pengetua lagi, Al-Quran yang yang disumbangkan oleh orang ramai akan diagihkan kepada pembaca yang terpilih. Ini bertujuan agar semua Al-Quran ini dibaca oleh setiap penerima . Secara tidak langsung , kita akan dapat pastikan bahawa semua Al-Quran ini akan dibaca dan penyumbang bukan hanya mendapat pahala sedekah Al-Quran tetapi juga mendapat juga pahala bacaan. Ia juga dapat mengelakkan Al-Quran ini hanya tersimpan di surau atau di mana-mana tanpa dibaca. Melalui kaedah ini juga akan dapat memastikan pembudayaan Al-Quran melalui pembacaan akan terlaksana kerana setidak-tidaknya 2000 naskah Al-Quran ini akan dibaca oleh 2000 penerima , paling tidak seminggu sekali! Ini jelas lebih baik berbanding jika hanya diletakkan di surau, yang pastikan amat sukar untuk memastikan semua al-Quran itu dibaca oleh 2000 pembaca!. Ia juga menjadi penyuntik semangat bagi penerima Al-Quran , terutamanya para pelajar yang masih tidak punyi Al-Quran sendiri. Melalui kaedah pemilikan Al-Quran sebegini , mereka akan tambah bersemangat untuk membaca tambahan sering juga kita dapati di rumah-rumah mereka terpaksa berkongsi Al-Quran milik ayah dan ibu mereka. Kini, mereka sudah memilikinya sendiri!. Menurut perancanganya, pihak RTM-Jakim akan merakankan program ini untuk siaran rancangan Persada Jurnal, terbitan RTM. Sebelum itu juga , pihak RTM-Jakim telah bersetuju untuk membuat promosi program ini pada siaran Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Johoir Baharu dari 4- 9 Jun ini . Pihak sekolah amat berbangga dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh pihak RTM. Penglibatan pihak KPJ Hospital, PTPL juga amat membanggakan. Kedua-dua pihak ini bersetuju untuk menjayakan program ini terutamanya di dalam menyumbangkan bantuan untuk anak-anak yatim dan miskin. Pihak Cosmopint pula telah bersetuju untuk membantu menguruskan peralatan dan penggunaan ICT di dalam menghubungkan lokasi-lokasi lain ini dengan lokasi utama di SMK Taman Tuanku Jaafar dan menyiarkan program ini secara 'live' di internet. Pihak sekolah berharap agar program ini akan beroleh kejayaan dan segala niat baik akan dimakbulkan dan diberkati Allah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sama-samalah kita merealisasikan program ini dengan cemerlang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...