SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Friday, November 25, 2011
SMK TTJ BERUBAH WAJAH DENGAN LANSKAP BARU...
PERSEKITARAN SEKOLAH yang cantik, ceria dan penuh berinformasi, penting di dalam merangsang minda dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran sekolah yang indah juga akan dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan melahirkan rasa bangga dan cintakan sekolah di kalangan pelajar. Lanskap yang indah dan persekitaran yang penuh bermaklumat, menjadi fokus sekolah ke arah sekolah cemerlang.
Keceriaan persekitaran di sekolah ini menekankan kepada beberapa perkara:
1. Kawasan berumput yang dipotong pendek.
2. Sampah-sarap terkawal dan sentiasa dibersihlkan
3. Kebersihan lantai
4. Lanskap taman dengan bunga-bunga dan kawasan tanaman pohon tertentu seperti Taman
Buluh
5. Pemasangan papan tanda kata-kata hikmat
6. Pemasangan banting dan banner
7. Kaki lima bangunan dihiasi bunga
8. Mengecat kawasan sekolah dengan warna baru yang lebih menarik.
Perubahan-perubahan persekitaran ini dilakukan bagi memberikan suasana dan pemikiran baru ke arah kecemerlangan. Warna bangunan sekolah dan bilik-bilik khas seperti Bilik Mesyuarat telah dicat dengan warna oren dan kuning yang cantik , bagi menambah seri dan menerapkan unsur lebih bersemangat berbanding warna kelabu sebelum ini. Pemilihan warna yang lebih segar dan terang ini dapat merangsang setiap warga sekolah agar sentiasa segar dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencipta kejayaan. Kerja-kerja mengecat ini semuanya dilakukan oleh guru dan murid melalui gotong royong.
Terdapat sebanyak 8 papan tanda besar bersaiz 9kaki x 4 kaki yang mengandungi visi, misi, motto dan sebagainya mampu memberikan imej baru yang hebat kepada wajah sekolah. Ini diikuti pula dengan 42 keping papan tanda kata-kata hikmat di sekitar dinding bangunan sekoalh, serta ratusan pula kata-kata hikmat yang dicetak dan di saluti plastik di setiap dinding banguan sekolah. Melalui kata-kata hikmat ini diharapkan para pelajar secara tidak langsung digalakkan agar membacanya dan persatuan atau panitia akan mengadakan kuiz berdasarkan kata-kata yang terdapat di papan-papan tanda ini.
Penggunaan banner dan banting juga digunakan bagi menggantikan penggunan 'mural' pada dinding yang memerlukan kepakaran untuk melukis dan menjimatkan. Selain itu dengan warna dan design yang cantik serta lebih 'hidup', mampu merangsang pelajar untuk menikmati kandungannya. InsyaAllah, menjelah tahun 2012ini, SMK TTJ akan mengalami perubahan suasana yang hebat!
Apa yang diharapkan daripada para pelajar adalah agar kita sama-sama menjaga keselamatan dan keindahan persekitaran sekolah ini. Perubahan sikap ini amat penting. Tanpanya, kita akan tetap dianggap sebagai sebuah sekolah yang sering diperlekehkan ! Kita mesti berani bangun mencabar sekolah-sekolah lain di dalam setiap aspek dan bidang. banggalah dengan sekolah kita dan lahirkan kebanggan itu dengan kita sama-sama menjaga keindahan sekolah kita ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tahniah SMK TTJ, terus mencipta keceriaan dan keindahan ...
Post a Comment