SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, November 12, 2011

Hari Kualiti danAnugerah Kecemerlangan 2011 11 November 2011 (Jumaat)






Tarikh keramat buat semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar. Tarikh yang menjadi kenangan terindah dan tak mungkin dilupakan oleh semua orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Majlis gilang gemilang yang menghimpun para tetamu kehormat, ibu bapa, komuniti dan pelajar di bawah satu bumbung demi meraikan Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2011. Majlis yang memberi pengiktirafan buat semua insan yang banyak menyumbangkan idea dan jasa sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulm untuk melonjakkan SMKTTJ di mata negara amnya dan masyarakat khasnya.

Seawal jam 0700 pagi, nakhoda utama SMKTTJ tiba bersama debaran menanti berlangsungnya majlis yang ditunggu-tunggu sekian lama. Walaupun begitu, hari ini 11.11.11 merupakan tarikh paling indah buat Tuan Omar bin Ahmad kerana telah memulakan hidup dengan angka 5. Ucapan 'Selamat Hari Lahir' tidak lekang dari mulut setiap warga sama ada para pendidik, staf sokongan mahupun pelajar.

Kelab Guru dan Staf sempat menyediakan hadiah serba ringkas berupa himpunan foto tuan pengetua dan diserahkan kepada beliau sementara menunggu ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan tepat jam 0930 nanti.

Tetamu telah tiba dan mengambil tempat masing-masing di ruang legar sekolah. Selingan video selama 30 minit juga mampu memukau mata tetamu yang menontonnya menggunakan skrin sesentuh komputer gergasi sementara menunggu ketibaan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Tepat jam 0930 pagi, sebuah kereta berwarna hitam tiba di perkarangan surau sekolah dan orang yang ditunggu telah tiba. YAB Dato' Seri disambut oleh Tuan Pengetua dan para tetamu kehormat serta memeriksa barisan Kadet Polis SMKTTJ sebelum bergerak ke ruang legar. Iringan bunga manggar dan kompang menambahkan kehangatan majlis dan diiringi juga dengan nyanyian lagu Negaraku.

Bacaan doa untuk memohon keredhaan dan kerahmatan Ilahi menjadi pembuka majlis Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2011. Ucapan tuan pengetua juga menjadi an penghayatan terutamanya kepada para ibu bapa yang banyak memperkatakan tentang kegemilangan SMKTTJ. Malah, tepukan oleh YAB Dato' Seri telah menaikkan lagi semangat warga SMKTTJ untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Kini, tiba waktu untuk mendengar ucapan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Ucapan beliau banyak mendorong pelajar untuk menambah ilmu dalam apa juga bidang serta nasihat kepada para ibu bapa untuk sentiasa bersama anak-anak walau sesibuk mana pun mereka bekerja.

Peruntukan sebanyak RM25,000 telah diumumkan dalam ucapannya untuk menambah fasiliti dan digunakan demi kepentingan pembelajaran dan pengajaran di SMKTTJ.

Seterusnya YAB Dato' Seri telah menurunkan tanda tangan di atas papan sesentuh untuk merasmikan Laman Web SMKTTJ. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil untuk semua pelajar cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Seramai 160 orang pelajar telah menerima hadiah dan sijil masing-masing.

Jasa dan titik peluh para pendidik dan staf dalam membentuk kegemilangan sekolah tidak dilupakan. Beberapa orang guru telah menerima hadiah dan sijil untuk beberapa kategori sama ada dalam bidang akademik mahupun khidmat mereka kepada sekolah. Tahniah dari Krew Lensa buat semua pelajar dan para pendidik yang telah menerima hadiah.

Untuk menutup majlis, YAB Dato' Seri telah diberi cenderahati berupa bingkai gambar yang berisi gambar beliau dari awal ketibaan hingga detik ucapannya. YAB Dato' Seri begitu gembira melihat wajahnya telah siap dibingkaikan seusai majlis Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2011. Beliau juga telah menerima sebakul buah-buahan dihiasi jambangan bunga segar sebagai tanda penghargaan dari warga SMKTTJ. Seterusnya, YAB Dato' Seri bersama tetamu kehormat menjamu selera di meja makan VIP. Sebelum itu, YAB Dato' Seri juga telah menyanyikan lagu selamat hari lahir buat tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad dengan diiringi majlis memotong kek yang diatur secara senyap-senyap oleh Encik Norhaslin guru ICT SMK Jelai(F) dan staf sokongan SMKTTJ.

Kami pihak Krew Lensa SMKTTJ memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan semasa majlis berlangsung dan sekalung uncapan terima kasih buat semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima Kasih dari Kami untuk:


~ YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan serta para tetamu dari pejabat menteri besar
~ Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan serta para tetamu dari JPNS
~ Pegawai Pelajaran Daerah Seremban serta para tetamu dari PPD Seremban
~ YB Saiful Bahari (YB Chembong)
~ Pengetua dan guru besar yang turut hadir
~ Mufti Besar Negeri Sembilan
~ Tetamu kehormat lainnya
~ PIBG SMKTTJ
~ Encik Norhaslin dan pasukan Think Quest SMK Jelai (F)
~ Chif Inspektor Jasman dan Balai Polis Senawang
~ Masjid Taman Tuanku Jaafar dan surau As-Sobirin Taman Tuanku Jaafar
~ Wanita UMNO Taman Tuanku Jaafar
~ Pengamal media dan jurufoto-jurufoto
~ Persatuan Penduduk Taman Tuanku Jaafar
~ Guru-guru SMKTTJ
~ Staf Sokongan SMKTTJ
~ Pelajar SMKTTJ
~ Ibu bapa dan penjaga
~ Serta semua pihak yang terlibat dan tiada dalam senarai kami


(dipetik dari blog Lensa, SMKTTJ

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...