SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, November 1, 2011

LAWATAN DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK PEREMPUAN WEST AUSTRLIA vs SMKTTJ


















Kunjungan tetamu daripada West Australia Combined School pada 31 oktober 2011 yang lalu membawa kenangan dan menjadi kebanggaan pihak sekolah khususnya pasukan bolasepak perempuan kita. Kedatangan mereka ke sekolah kita merupakan bukti kejayaan kita dan kehebatan kita sehingga menjadi pilihan untuk pasukan ini mengadakan kunjungan dan perlawanan di negeri ini.

Ketibaan rombongan pasukan ini seramai lebih daripada 40 orang yang terdiri daripada pemain-pemain , jurulatih dan ibubapa pemain. ini merupakan sesuatu yang amat menarik, kerana ia menampakkan minat ibu bapa pemain ini yang sanggup hadir sama menyaksikan anak-anak mereka bermain, walaupun jauh , dari Australia. Ketibaan mereka di hadapan pintu pagar sekolah di sambut oleh Tuan pengetua, GPK Akademik dan pengurus pasukan, Pn. Mogana. Mereka seterusnya diarak dengan palluan kompang sehingga ke Bilik Konfrensi untuk berehat sebentar sebelum pemain memulakan perlawanan sekitar jam 3 .00 petang.

Menurut pengelola lawatan ini , Pasukan ini terdiri daripada para pemain yang dipilih dari seluruh Australia Barat melalui satu kejohanan yang diadakan di sana. Kebanyakan mereka ini saling tidak mengenali antara satu sama lain dan ramai yang tinggal jauh beratus kilometer dari Perth, Australia. Mereka ternyata amat gembira untuk menyertai lawatan ini , termasuklah ibu- bapa mereka walaupun terpaksa membayar sendiri segala kos perjalanan mereka yang bernilai sekitar RM6000.00 atau Aus2000. Ini membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka yang begitu tinggi terhadap sukan bolasepak.

Turut sama hadir menyaksikan perlawanan ini ialah YM Tunku Elli, naib Presiden Persatuan bolasepak Wanita Kebangsaan, Pn, Zang (Jurulatih kebangsaan Bolasepak Wanita Malaysia).

Dalam perlawanan ini pasukan SMKTTJ telah tidak bernasib baik, tewas 6-1. Ternyata perbezaan saiz tubuh badan, kepantasan dan kemahiran pasukan dari Australia Barat ini bukanlah tandingan pemain-pemain kita. namun, ia harus diambil sebagai pengajaran kepada para pemain dan pengurusan pasukan untuk memperbaiki segala kelemahan dan bangkit dengan sasaran untuk mencabar pasukan yang lebih hebat.

Seperkara yang menarik berkaitan dengan pasukan daripada Australia Barat ini ialah, mereka mempunyai program pembangunan yang hebat. Mereka punyai pasukan daripada peringkat umur, bawah 12 tahun, bawah 14, bawah 15, bawah 17. Bagi setiap peringkat umur , mereka akan bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan dan paling menarik ialah, bagi pasukan bawah 17 tahun, pasukan ini akan bertanding di dalam liga lelaki bawah 14 tahun bagi memastikan pencapaian dan tahap kemampuna mereka berada pada tahap tinggi seperti pemain lelaki! Mungkin ini boleh dijadikan satu idea baik untuk dilaksanakan di sini.

Mengenai tahap kesedaran mereka terhadap sukan juga begitu tinggi. Bagi anak-anak yang mempunyai bakat yang besar dan berpotensi, ibu bapa amat menggalakkan anak-anak mereka untuk berkecimpung di dalam bidang sukan. Malahan bagi mereka, mereka melihat sukan dilihat lebih utama berbanding pelajaran, di Australia.

Tamat perlawanan, para tetamu diraikan di dalam majlis jamuan ringkas dan Tuan pengetua telah menyampaikan cenderamata kepada jurulatih pasukan West Australia dan YM Tunku Elli sebagai tanda kenangan. Cenderamata istimewa ini berupa sekeping gambar pasukan dan gambar-gambar aktiviti pada hari berkenaan yang diframekan dengan cantik sekali. Rata-rata tetamu, ibubapa dan jurulatih pasukan memuji cenderamata berkenaan dan melahirkan rasa kagum dengan kemampuan kita menyediakannya di dalam masa yang singkat! Para tetamu juga melahirkan rasa kagum dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sambutan yang diberikan, kerana mereka mengakui tidak pernah menerima layanan sebegitu hebat dan meriah di dalam siri lawatan mereka termasuklah di Singapura!

Akhirnya,sessi bergambar beramai-ramai di ruang legar sekolah, pastinya akan meninggalkan kenangan yang cukup indah buat semua. Bagi pemain-pemain, kedua-dua pasukan kesempatan yang seketika sudah cukup untuk melahirkan kemesraan dan keakraban yang kuat. Semoga , kita akan bertemu lagi dan seperti yang dicadangkan, kita akan berusaha membawa pasukan ini ke Australia pula!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...