SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, November 25, 2011

TALENT I.D OLAHRAGA SMKTTJ BERSAMA ENCIK AZAM (MSN/SMK JELAI FELDA)







DALAM USAHA kita untuk mencapai kejayaan , terdapat banyak cara dan kaedah serta usaha yang boleh dilakukan. Melakukan usahasama atau kolaborasi bersama rakan sekolah lain juga adalah sesuatu yang boleh diaplikasikan. Justeru itu, jawatankuasa Pembangunan Olahraga SMK TTJ telah mengambil inisiatif dengan menjemput Encik Azam daripada MSN dan SMK Jelai Felda untuk membantu mengendalikan Talent I.D olahraga sekolah pada 8& 9 November 2011 yang lalu, di padang sekolah ini. beliau dibantu oleh seramai 5 orang atlet pelapis SMK Jelai Felda . Jawatankuasa Pembangunan Olahraga sekolah yang diketuai oleh Encik Shahrul , Cik Nurul Huda dan Aznorsazana telah membantu beliau mengendalikan program ini.

Seramai lebih daripada 80 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1 dan 2 telah menyertai talent ID ini. Program ini adalah sebagai persiapan skuad olahraga sekolah dalam menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012 nanti.

Sepanjang 2 hari ujian berjalan, ramai bakat -bakat olahraga yang dapat dikesan oleh Encik Azam. Ternyata ramai bakat-bakat acara larian khususnya 'short distance runner' yang berbakat dapat dikesan di sekolah ini. ternyata, jika digilap dengan baik, pastinya pada tahun hadapan kita akan mampu mencabar sekolah-sekolah lain di daerah ini dengan lebih baik lagi.

Pihak sekolah melalui Tuan Pengetua juga telah bersetuju untuk melantik Encik Azam sebagai Penasihat Teknikal Skuad Olahraga SMKTTJ dan berharap beliau akan dapat membantu membangunkan olahraga sekolah ini.

Bagi para guru dan pelajar, rebutlah peluang ini. Ini kerana Encik Azam merupakan seorang jurulatih olahraga yang hebat dan berpengalaman luas serta telah terbukti berjaya melahirkan ramai atlit hebat di SMK Jelai Felda. Salah seorang anak didik beliau, Mohd. Firdaus Mazelan, peserta larian 400 meter lompat pagar baru sahaja mewakili Malaysia di Sukan SEA 2011 di Jakarta. Melalui bimbingannya, SMK Jelai Felda telah menguasai kejuaraan MSSD Tampin pada setiap hampir sejak tahun 90an dahulu lagi!

Bagi Jawatankuasa Pembangunan Olahraga , diharapkan akan dapat merancang program yang teliti bagi kita mencipta kejayaan.

Bagi para atlet, berikanlah komitmen dan semangat anda untuk menciptasejarah kegemilangan olahraga sekolah kita. Kita mampu mencipta kejutan !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...