SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, October 6, 2011

EDUCATION GUEST TRAINING -JOELAMNAMDO. KOREA SELATAN












Alhamdulllah, selamat mendarat di Incheon Airport, Seoul. Korea Selatan pada 5 Okt2011, jam 6.53 (waktu Korea Selatan) selepas melalui perjalanan dari KLIA selama 6 jam. dari lapangan terbang kami dibawa menaikki bas untuk menuju ke tempat seminar kami selama 6 jam lagi dan sampai ditempat penginanpan pada jam 1.30 tengahari. Tempat penginanan kami di sebuah hotel dan resort di atas bukit yang di kelilingi dengan tasik dan padang golf.

Dalam perjalanan dari Airport kami singgah di hentian Highway untuk sarapan pagi dan menikmati Copicinno dengan harga Won4000. Kemudian, kami dibawa menikmati makanan tengahhari di restoran tradisional di bandar wilayah Jeollamnamdo. Restoren ini amat istimewa dengan lanskap tradisional dan makananan tradisi yang hanya menghidangkan sayuran, kuih, ikan dan udang buat kami. Pengalaman menggunakan chopstik besi sesuatu yang seronok walaupun agak sukar. Namun pemandu bas yang duduk di sebelah saya banyak membantu untuk mendapatkan makanan dengan menggunakan copstik.

Sampai di hotel, upucara perasmian dilakukan oleh Pengarah jabatan Pelajaran wilayah Jeollannamdo dan diikuti dengan ceramah pertama tentang Sejarah dan Budaya Korea Selatan oleh seorang pengetua sekolah menengah, bertaraf Phd. Maklumat yang menarik , gaji permulaan bagi guru di Korea ialah US1800 dan gaji asas pengetua ialah US4000. Bagi pengetua ini yang telah lama berkhidmat, sudah pastilah gajinya melebihi US6000! Jumpa lagi...

2 comments:

USTAZAH ROHAYU said...

Salam Tuan Omar,

Tahniah kerana dapat menimba pengalaman menarik di Korea.
Semoga segala yanga baik di sana dapat dikongsi bersama dengan warga SMKTTJ.

KGK said...

Assalamualaikum Tuan...kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana tuan mendapat tawaran program ini...semoga ianya menjadi kenangan yang paling bermakna buat tuan. Semoga segala urusan tuan di sana dipermudahkan Allah selamat kembali bertugas di SMKTTJ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...