SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Sunday, October 9, 2011
LAWATAN KE SHINAN DISTANCE EDUCATION PROGGRAMME DAN NEMAK MIDDLE SCHOOL, MOKPO, SEOUL
PADA HARI KE 3, dalam siri latihan di Korea ini kami telah dibawa melawat ke Shinnan Distance Education Programme. Ia adalah satu program yang dilaksanakan di wilayah Shinnan di dalam daerah Jeollannamdo ini dalam menghubungkan lebih daripada 2000 buah pulau melalui internet berkelajuan tinggi (serendah 25 mb) melalui pendidikan jarak jauh. Suatu yang amat menarik di sini ialah penggunaan sessi video conference di dalam P & P secara live dan ia dikongsi pula oelh sekolah-sekolah lain pada masa yang sama. Sekolah yang mengambil bahagian dapat berbincang di dalam tajuk yang diajar oleh guru di sebuah sekolah dan dalam masa yang sama guru sekolah lain dan pelajarnya juga boleh turut serta.
impak besar daripada program ini ialah perkongsian idea antara pelajar dan guru dari sekolah lain di dalam membincangkan satu-satu topik . Ia secara tak langsung dapat mengelakkan guru-guru keluar berkursus dalam jangkamasa yang lama dan guru-guru yang pakar dapat memberi pandangan dan ulasan dalam masa yang sama. Ia sudah pastilah satu idea yang amat baik , jika dapat dilaksanakan di sekolah kita.
Guru-guru dan pelajar memberikan respon dan feedback yang amat positif melalui program ini dan mereka amat meminati pelajaran mereka.
Satu yang menarik juga , guru-guru di Korea ini banyak menghabiskan masanya pada waktu cuti dengan menghadiri kursus-kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Mereka berebut-rebut untuk menghadiri kursus! Kehadiran mereka di dalam kursus dan melibatkan diri did dalam menyediakan bahan P&p juga diberikan mata bonus yang akan digunakan untuk kelayakan naik pangkat. Idea ini sudah pastilah sesuatu yang baik bagi menggalakkan penglibatan guru di dalam kursus-kursus dan penyediaan bahan .
Namun, apa yang menariknya ialah: gaji guru di Korea bermula dengan sekitar US1800 dan meningkat mengikut pengalaman dan gred guru. Maklumat daripada seorang guru yang telah mengajar selama 13 tahun, beliau sudah berpendapatan sekitar US2800-US3000. Bagi gaji pengetua pula ialah bermula sekitar US4000 hinggalah ke US6000-US8000!
Namun, walau apapun, yang pasti mereka di Korea ini amat komited dengan kerja mereka dan sentiasa berlumba-lumba meningkatkan kemahiran mereka. Mereka juga menerima dengan terbuka segala inovasi yang dilakukan dan menggunakan ICT di dalam segenap urusan mereka.
Bagi para pelajar pula, mereka sentiasa ditekankan agar masuk ke universiti oleh setiap keluarga mereka. Oleh itu, ia menjadi suatu kemestian untuk masuk ke universiti. Persaingan terlalu hebat. Malah untuk menjadi guru, mereka yang telah lulus universiti dikehendaki memohon dan menduduki ujian dan penilaian yang ketat.Begitu juga dengan pengetua! Sekurang-kurangnya , mereka telah menjawat jawatan sebagai penolong pengetua selama 4 tahun untuk melayakkan mereka memohon jawatan pengetua. Selepas itu mereka akan dinilai sekali lagi.
Pelajar Korea yang ditemui memberitahu kesibukan mereka belajar, langsung tidak membolehkan mereka melayari Facebook! Tentunya ini tidak berlaku kepada pelajar kita..Masa mereka penuh dengan belajar..belajar ..dan belajar. Mereka juga terpaksa mengikuti extra classes wajib 3 kali seminggu.
Budaya menjaga kebersihan amatlah mengkagumkan!..kebanyakan sekolah mempraktikkan memakai selipar dan menyimpan kasut di ruang simpanan semasa di dalam bangunan sekolah. Keadaan bilik darjag dan persekitaran sekolah amat bersih dan tiada langsung vandalisme! Inilah gambaram masyarakat maju yang semestinya diteladani oleh pelajar kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment