SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, October 23, 2011

Menukar lanskap Sekolah Ke Arah Keceriaan











Salah satu daripada perancangan pengetua di dalam Program Penambahbaikan Sekolah SMKTTJ sejak kehadiran pengetua pada bulan April 2011 yang lalu adalah mewujudkan persekitran yang ceria dan indah di kawasan sekolah.

Program keceriaan dan mengubah Lanskap ini penting kerana persekitaran yang indah , cantik dan ceria sudah pasti mampu merangsang minda ke arah proses pembelajaran yang baik. Apa yang diharapkan adalah agar setiap warga SMKTTJ akan dapat menjadikan sekolah sebagai tempat kita bekerja dan belajar dengan penuh minat dan suka pula untuk hadir ke sekolah.

Dalam proses menceriakan sekolah ini , pihak sekolah berterima kasih kepada komitmen setiap warga sekolah termasuklah guru, pelajar, staf dan pekerja swasta yang telah bekorban untuk mendukung aspirasi bersama ini. Banyak wang dan tenaga dikorban secara beransur-aansur sejak bulan April yang lalu. Sokongan padu para guru dan pelajar ke arah mewujudkan persekitaran ceria dan indah ini amat dihargai.

Apa yang diharapkan adalah agar kita semua menjaga dan memelihara keindahan ini agar kekal . Ia bukan sekadar gambaran pengorbanan kita semua, tetapi adalah MARUAH diri kita di dalam usaha kita membentuk imej baru sekolah. Kita mestilah berubah dan berani membuat pengorbanan ke arah itu! Kita tukar imej lama SMKTTJ dan kita Bina imej baru!...Maruah ini ada pada wajah setiap warga sekolah. Kalau imej kita buruk, maka kita juga akan membawa wajah buruk kita pada pandangan masyarakat!

Kita berharap agar tidak akan ada pelajar dan warga kita yang melakukan tindakan memusnahkan pokok -pokok bunga ini dan menjaganya dengan baik. Ubahlah sikap kita. Kalau pelajar sekolah lain boleh berbangga dengan sekolah mereka , maka kita juga patut berbangga dengan sekolah kita yang indah, bersih dan cantik. menjadi tanggungjawab setiap warga sekolah mempertahankan maruah kita ini dengan membantu sekolah menangani masalah tingkahlaaku memusnah yang ada pada sebahagian kecil rakan-rakan kita di sekolah ini.

Sekolah kita seringkali menjadi tumpuan orang luar, khususnya berkaitan dengan bolasepak. Kehadiran orang luar dan pelajar sekolah lain dari serata negeri, bukan sahaja membawa balik cerita kehebatan bolasepak perempuan kita, namun sudah pasti akan membawa bersama penilaiana mereka terhadap keceriaan, keindahan dan kehebatan kita yang lain, DI SAMPING kelemahan kita!

Kita pasti boleh melakukannya! Untuk menutup kelemahan kita dan dalam usaha menukar imej daripada buruk kepada baik, cukup mudah!...Rahsianya ialah, kita harus mencipta sebanyak mungkin kejayaan dengan cepat, hebat dan lakukan kejutan yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain!....Diharapkan pada suatu hari nanti orang akan hanya bercakap tentang kecemerlangan SMKTTJ disebalik masalah yang kita ada..

Ayuhlah setiap SMKTT, bangun dan buktikan kita juga hebat dan mencipta kejayaan dan kecemerlangan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...