SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, October 15, 2011

RAKAMAN TEMU RAMAH BERSAMA TUAN PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KPM, DI JEOLLANAMDO INFORMATION CENTRE, KOREA SELATAN






SALAH SATU TEMPAT YANG TURUT DILAWAT di dalam kursus yang diikuti di Jeollanamdo Education Guest Training Programme ini ialah melawat bahagian Pusat Informasinya ataupun Jeollanamdo Information Centre iaitu pusat untuk melaksanakan aktiviti rakaman bahan P & P di dalam bentuk Video dan juga Pusat melaksanakan aktiviti e - Learning dan Cyber Home Learning System.

Pembelajaran dan pengajaran secara e-learning sudah menjadi satu budaya di Korea Selatan ini. Sesuatu yang menarik apabila melihat visi kerajaan di dalam melaksanakan pendidikan secara e-learning ini. Antara matlamat asas kenapa kerajaan Korea Selatan melaksanakan e-learning dan cyber Home Learning ialah:

1. Menyatukan kurikulum sekolah di seluruh Korea Selatan
2. Mengurangkan penggunaan buku teks ( akhirnya tiada lagi penggunaan buku teks
sepenuhnya)
3. Mengurangkan kos ibu bapa menghantar anak ke pusat tusyen-
4. Matlamat akhirnya ialah tiada lagi tiada pusat tusyen dan pelajar belajar
secara e- learning)

Kerajaan Korea Selatan di dalam melaksanakan sistem pendidikan e- Learning dan Cyber Home Learning ini telah menyediakan kemudahan yang cukup hebat! Antaranya ialah:

1. Membekalkan notebook kepada semua pelajar di Korea Selatan daripada Elementary,
Middle School dan High School secara percuma tanpa mengira miskin atau kaya.
2. Menyediakan kemudahan internet percuma pada kelajuan 100mb ke semua sekolah.
3. Menyediakan bahan e- Learning untuk kegunaan guru dan pelajar dengan melantik
syarikat besar di dalam menyediakan bahan atau isi pengajaran. namun sekolah dan
guru boleh menghasilkan bahan atau isi pengajaran sendiri.
4. Di sekolah-sekolah yang melaksanakan Digital Textbook, setiap kelas dibekalkabn
dengan Tv 56 inci/ touch screen untuk pengajaran.
5. Sekolah juga diberikan peruntukan untuk menyediakan homepage sendiri dengan
melantik syarikat swasta atau pakar sedia ada di dalam komuniti.
6. Menyediakan kemudahan internet di mana-mana sahaja. Korea terkenal sebagai "fully
wired nation". Oleh itu, sistem e-learning ini mampu diakses oleh setiap pelajar
di mana-mana melalui pelbagai alat, sama ada notebook atau smart phone. (
Dikatakan setiap pelajar di Korea Selatan memilik smart phone!)


Menurut pandangan pegawai BTP, KPM yang turut serta di dalam lawatan ini, kecanggihan alat kita adalah mengatasi kecanggihan alatan mereka! Cuma seperkara yang kita tidak ada adalah kemampuan kita melaksanakan aktiviti seperti ini dengan konsisten dan bahan -bahan yang dihasilkan oleh bahagian ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru di Korea Selatan! Ini merupakan sesuatu yang harus kita pelajari dan renungkan. Mereka benar-benar mempraktikan dasar ICT yang diperkenalkan oleh kerajaan merekan dengan penuh komited!

Di bahagian ini juga , para guru yang terbaik dipelawa untuk menghasilkan bahan P&P di dalam bentuk video dan kebanyakan guru mengambil peluang bagi membuktikan kehebatan mereka di samping mendapatkan bonus point untuk tujuan memohon kenaikan pangkat. Di Korea ini, setiap guru mempunyai database tentang perkhidmatan mereka secara online bermula daripada mereka memulakan perkhidmatan sehinggalah pencen. Setiap sumbangan mereka terhadap pendidikan seperti hadir ke kursus, menghasilkan bahan P & P atau apa bentuk sumbangan ke arah peningkatan mutu pendidikan akan direkodkan dan jadikan asas untuk kenaikan pangkat. Walaupun, kursus -kursus serta sumbangan ini adalah secara sukarela, namun bagi mereka yang berhasrat untuk naik pangkat , ia amat perlu.

Bahan-bahan P & P secara online dalam bentuk Video Conference juga boleh dihasilkan oleh guru-guru sama ada di pejabat pelajaran daerah atau di sekolah masing-masing. Hampir semua sekolah di Korea mempunyai bilik rakaman khas yang serba canggih. Di sekolah aktiviti e-learning boleh dilakukan di bilik -bilik seperti ini atau di dalam kelas masing-masing.


Jadinya, kita sedia maklum,bahawa hanya guru yang benar-benar rajin dan berkualiti sahaja yang dibenarkan untuk naik pangkat! Juster itu, usaha yang dilakukan oleh Korea Selatan ini adalah sesuatu yang amat baik dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

Namun, tidak semua juga bahan-bahan hasilan guru ini diterima begitu sahaja. Ada badan khas selaku penilai kualiti bahan tersebut iaitu KERISS yang memilih bahan yang mencapai standard sahaja yang akan dikeluarkan di dalam e- learning system.

Di Malaysia, sebahagian usaha ini telah dilaksanakan. Namun kesungguhan setiap guru dan sekolah untuk melaksanakannya amat terhad. Selain itu, kemudahan-kemudahan terutama bekalan internet berkelajuan tinggi seperti di Korea (yang kita masih tertinggal jauh), notebook untuk setiap pelajar dan aspek penyediaan bhan dan isi pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan , perlu diambil perhatian segera jika kita berhasrat untuk bersaing dengan negara maju seperti Korea Selatan ini. Insentif kepada guru -guru juga perlu diadakan seperti mana di Korea Selatan ini.

Namun, kita juga jangan lupa. Usaha berterusan ke arah penggunaan ICT ini di dalam aktiviti pembelajaran perlu dimulakan. Janganlah kita menunggu sehingga semua perkara yang dilaksanakan di Korea ini dilakukan di Malaysia ini, barulah kita berhasrat untuk memulakannya.

Korea Selatan juga pada asalnya di dalam keadaan yang lemah juga. Mereka belajar daripada Malaysia di dalam perlaksanaan ICT mereka. Namun mereka, berusaha melaksanakan segala ilmu yang diperolehi sepenuhnya dan meningkatkan pencapaian mereka dengan melaksanakan inovasi dan reformasi ini secara total tanpa menoleh ke belakang. Mereka melaksanakannya dengan cepat . Sepertimana kata pegawai kedutaan Malaysia di Seoul, orang Korea Selatan memegang konsep 'palli-palli" yang bermaksud cepat-cepat!

Apa yang pasti,setiap sekolah perlulah mengambil inisiatif untuk mengerakkan usaha ke arah permodenan pembelajaran dan pendidikan ke arah abad 21 ini. Lakukanlah sedaya upaya kita dengan kemampuan kita yang ada. Namun yang pasti, kita harus bergerak ke arah itu, tanpa berhenti...dan berdoa agar pihak kerajaan kita akan melaksanakan usaha sepertimana yang dilakukan di Korea Selatan ini

Akhir sekali, yakinlah perlaksanaan ICT di sekolah-sekolah memang mampu memberikan kessan dan impak yang hebat.

Pada kesempatan itu juga, saya sempat bersama dengan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Puan Rosnani Mohd. Ali di dalam sessi temuramah yang dirakamkan oleh pihak Jeollanamdo Information Centre secara bidan terjun...isi perbualan tertumpu kepada usaha pembudayaan ICT yang dilaksanakan di SMK Jelai Felda semasa saya di sana dahulu...Tahun depan, pihak BTP , KPM sudah menyatakan hasrat untuk datang ke SMK Taman Tuanku Jaafar pula untuk melihat perlaksanaan ICT di sini....bagi SMK TTJ...sudah pasti kita berbangga dan akan bersedia...melalui konsep 'Ayuh!...palli-palli..

1 comment:

Dr Dorothy DeWitt said...

Tahniah kerana usaha tuan telah diberi perhatian. Adalah diharapkan tuan akan terus berusaha dan meningkatkan prestasi... mana tahu ke Korea lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...