SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, September 26, 2011
SEKITAR MAJLIS JALINAN MESRA AIDIL FITRI SMKTTJ 2011
PADA 23 SEPTEMBER 2011, yang lalu, bertempat di ruang legar dan Dataran Cendiakawan , berlangsunglah Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri SMK TTJ bagi sessi 2011. Majlis seperti ini dimaklumkan adalah yang julung kali diadakan melibatkan seluruh pelajar, guru, staf, kakitangan swasta dan masyarakat setempat yang melibatkan AJK Masjid Taman Tuanku Jaafar, AJK Surau Assobirin, Taman Tuanku Jaafar , wakil Kolej INTI, Nilai, Polis Senawang (Cif Inspektor Jusman), dan wakil PIBG, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia, Tunku Eli, Encik SMith dan Puan Fang dari FAM dan ramai lagi. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Rembau iaitu, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sambutan amat menggalakkan. Kehadiran pelajar yang pada awalnya dijangkakan seramai 500 orang sahaja, telah bertambah menjadi lebih daripada 1000 orang. Antara faktor yang mendorong pertambahan ini adalah berita mengenai kehadiran YB Khairy Jamaluddin, yang menjadi daya penarik dan mendapat sambutan yang paling hangat pada hari berkenaan.
Makanan pada hari ini telah disumbangkan oleh para guru , prelajar dan PIBG serta kantin sekolah.
Acara yang bermula sekitar jam 10 pagi, iaitu dengan kehadiran YB Khairy Jamaluddin . YB Khairy juga telah bersetuju untuk menyampaikan sedikit motivasi peraangsang sebelum menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar, khusunya pelajar SPM dan PMR. Sikap 'sporting' beliau yang sanggup berucap di tengah panas di astaka bersama-sama pelajar yang tekun mendengar di tengah -tengah panas, ternyata menarik perhatian pelajar.
Setelah selamat menjamu selera dengan hidangan yang enak, beliau juga telah sudi bergambar beramai-ramai di dataran untuk kenang-kenangan. Ternyata sambutan pada kali ini amat meria.h dan berjaya mencapai matlamat.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk selain sebagai menyambut perayaan aidil fitri , ia juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan mesra dan ukhwah sesama warga sekolah daripada segenap lapisan dan masyarakat setempat. Pada hari ini lah kita dapat bermesra dan bergembira , dengan melupakan sejenak tugas dan beban kerja yang berat , untuk sama -sama bergembira. Ternyata setiap warga sekolah berada di dalam suasana yang riang dan gembira. Hubungan beginilah yang sentiasa menjadi harapan pihak sekolah. Kita boleh berjaya dengan kesatuan dan kesepaduan jiwa untuk kita sama-sama mengorak langkah ke arah kecemerlangan. Kita tidak akan boleh maju dan cemerlang jika kita sentiasa di dalam perasaan curiga dan bersikap 'seperti enau di dalam belukar'. Hanya denga perpaduan dan jalinan mesralah kita mampu menjadi kuasa pencabar kejayaan di samping sekolah-sekolah lain.
Kita berharap program ini akan berterusan dan menjadi salah satu tradisi kecemerlangan di SMK TTJ...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment