SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, October 23, 2011

Ke Arah Sekolah Bermaklumat...











Satu lagi aktiviti berkaitan ke arah menjadikan SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang bermaklumat adalah dengan mengadakan program memasang papan tanda dan pemasangan banting di sekitar kawasan sekolah. Banting dan papan tanda ini diisi dengan kata- kata hikmat sebagai motivasi dan maklumat program yang dijalankan di sekolah ini. Penggunaan banting dan banner juga digalakkan sebagai bahan memperkenalkan bidang masing-masing. Secara tidak langsung ia juga menjadi bahan menarik menggantikan mural sedia ada di sekolah ini yang sudah lama dan tidak ceria.

Penggunaan papan tanda dan mural ini melibatkan hampir ke semua bidang dan panitia. Diharapkan papan tanda maklumat dan banting ini akan digunakan untuk aktiviti panitia dan bidang pada tahun hadapan. Umpamanya, panitia mata pelajaran boleh menggunakan bahan-bahan ini untuk program kuiz dengan berpandukan maklumat yang ada pada papan tanda dan banting di sekitar sekolah ini. Contohnya, bagi kuiz bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, pelajar boleh diminta menghabiskan ayat, atau menyambung ayat, mencari kata nama, kata kerja dan pelbagai aktiviti lagi. Secara tidak langsung ia sudah memudahkan para guru . Guru tidak perlu lagi mencari bahan daripada mana-mana buku atau yang lain , kerana semuanya sudah ada di sekitar bangunan sekolah. Secara tidak langsung, kita dapat menggalakkan pelajar membaca papan tanda dan banting ini dan seterusnya menjadikan bahan-bahan ini berfaedah kepada mereka di samping menceriakan persekitaran.

Penggunaan bahan ini juga adalah sebagai salah satu usaha menceriakan persekitaran sekolah. Kerja-kerja menyediakan mural sudah pasti tidak lagi bermasalah. Dengan penggunaan banting , banner dan papan tanda ini kita dapat menyediakan bahan yang cantik, menjimatkan masa dan tahan lama serta memudahkan kerja penyelenggaraannya.

Kini terserahlahlah kepada semua warga sekolah khususnya para pelajar untuk memanfaatkan maklumat dan bahan sedia ada ini untuk kemajuan ilmu kita!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...