SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, July 18, 2011

SELAMAT BERJUANG DI PIALA GOTHIA, SWEDEN...BUAT PASUKAN BOLASEPAK PEREMPUAN SMK TTJ











SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN NEGARA...

Pasukan Bolasepak Perempuan SMK Taman Tuanku Jaafar telah selamat berlepas ke Sweden pada 16 Julai 2011 , Sabtu , jam 9.30 malam yang lalu. Pemergian mereka adalah untuk bertanding di Kejohanan Piala Gothia, Anjuran SKF International di Sweden selama 10 hari.

Pemergian mereka diiringi oleh Pegurus Sumber Manusia SKF Nilai , Encik Aminnudin, Penyelia Unit Sukan JPNS, Pn. Aishah Abd. Ghani, Pn. Mogana (pengurus Pasukan) dan Encik Sam ( jurulatih).

Tuan Pengetua telah turut hadir di KLIA bagi melepaskan para pemain dan pasukan. Para pemain turut dihantar ke KLIA oleh keluarga masing-masing.

Rata-rata pemain yang ditemui berasa amat teruja untuk mengambil bahagian di kejohanan yang besar ini. bagi semua pemain, ini adalah kali pertama mereka menyertainya dan kali pertama mereka dapat berada di luar negara. Turut hadir di dalam skuad ini ialah Priya, yang sebelum ini telah terpilih menyertai rombongan pasukan bolasepak wanita malaysia ke New York, Amerika Syarikat.

Apa yang diharapkan agar semua pemain akan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik serta disipln yang tinggi bagi mencabar pasukan yang lebih hebat. Kejayaan ini sesungguhnya suatu yang besar buat sekolah.

Pihak sekolah ingin merekankan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberi sokongan kepada kejayaan pasukan ini dan persiapan pasukan ke kejohanan ini. Terima kasih kepada para guru , khususnya Pn. Mogana dan Pn. YusriHanim yang bertungkus lumus menyiapkan pasukan tanpa pernah kenal erti penat. Semoga kita akan mampu mengukir kejayaan yang Hebat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...