SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, July 4, 2011

PELANCARAN PROGRAM LONJAKAN SAUJANA








Hari ini berlangsungnya perasmian 4 program utama sekaligus. Program berkenaan adalah Program Lonjakan Saujana, program Target A, Minggu Bahasa dan Minggu Teknik & Vokasional, peringkat sekolah. Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan PPD Seremban iaitu, Tuan Mohd. Sah Bin Zainal Abidin. Sementara perasmian Bilik MPV Solekan dan Dandanan pula telah dirasmikan oleh Pengusaha Shadira Kosmetik, Puan Arisa Binti Abdullah. majlis perasmiaan di sempurnakan pada jam 7.30 pagi di Dataran cendiakawan.

Program perasmiaan pada pagi ini melibatkan ucapan daripada Tuan pengetua dan ucapan oleh Tuan PPD Seremban. Ia dikuti dengan upucara memecahkan ais yang mengandungi buku program majlis perasmian dan dikuti dengan pukulan gong sebanyak 3 kali menandakan bermulanya pelancaran ke empat-empat program berkenaan. Majlis diterukan dengan persembahan syair dan nyanyian oleh kumpulan akusitik pelajar sekolah ini. Seterusnya majlis perasmian bilik MPV pula dilaksanakan di bilik MPV , di tingkat 1 dengan acara memotong riben dan menandatangan plak perasmiaan oleh tetamu khas iaitu Pengasas produk Kecantikan terkenal, Puan Arisa Binti Abdullah daripada Shadira Kosmetik.

Seperkara yang menarik perhatian ialah kemampuan pelajar-pelajar MPV kita di dalam melakukan aktiviti solekan dan ternyata bakat dan kemahiran mereka amat mengkagumkan dan mendapat pujian para tetamu. Tahniah kepada MPV sekolah ini yang mencipta kecemerlangan!.

Seperkara lagi yang menarik ialah berkaiatan ucapan dan sarana Tuan PPD semasa berucap yang meminta kita semua agar Mencipta sejarah kecemerlangan. Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab setiap waga sekolah agar mencipta sejarah dengan menaikkan nama sekolah di dalam semasa kita berada di sini. Sejarah ini sudh pasti akan menjadi kenangan abadi yang indah buat kita apabila kita meninggalkan sekolah ini. Kita juga haru membuat 'ReBranding' sekolah. Ini merupakan satu proses transformasi sekolah dengan memberikan imej dan watak baru yang akan menonjolkan nama sekolah. Sebahagian daripada usaha berkenaan telahpun dilaksanakan di sekolah ini .

Berkaitan dengan program Lonjakan Saujana ini, ia merupakan satu program ke arah peningkatan kualiti pencapaian sekolah dengan meletakkan sasaran kecemerlangan kepada 3 kelompok utama pelajar iaitu;

1. Kumpulan Terbilang - Kelompok pelajar sasaran A+ (7A - 9+)
2. Kumpulan Cemerlang - Kelompok pelajar sederhana (3A - 6A)
3. Kumpulan halus - Kelompok pelajar berpotensi untuk lulus.

Melalui program ini , kita telah memilih seramai 65 orang pelajar. Bagi pelajar lain, walaupun tidak termasuk di dalam kumpulan ini, tidak pula bermakna mereka tidak diberikan perhatian, mereka akan tetap mengikuti program biasa seperti gerak gempur dan program latihtubi yang lain.

bagi pelajar di dalam kelompok ini, mereka adalah menjadi model kepada pelajar lain . Mereka juga harus meletakkan diri mereka berada jauh di hadapan pelajar lain , agar mereka tidak keciciran pula.

Tahniah kepada semua guru dan ibu bapa yang memberikan sokongan. jasamu para guru amat dihargai dan semoga Allah akan memberikan kesihatan dan kemurahan rezeki serta keberkatan di atas usaha dan pengorbanan para guru ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...