SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, July 14, 2011

PERKEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM -SMK TMN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN







Pada 8, 9 dan 10 Julai 2011 yang lalu berlangsungnya perkemahan Badan Beruniform SMK Tmn Tuanku Jaafar. Perkemahan ini diadakan di Padang SMK TTJ dengan disertai sekitar 128 orang pelajar yang terdiri daripada anggota Badan Beruniform daripada semua unit badan beruniform di sekolah ini. Kebanyakan mereka ini adalah pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 . Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Muhammad bin Mohd. Nor, Penolong PPD Seremban di ruang legar sekolah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada sepanjang hari perkemahan. Antaranya ialah ice breaking oleh guru kaunseling, ikhtiar hidup, pembinaan hasil tangan dan pelbagai lagi. Semua aktiviti ini diadakan di dalam bentuk pertandingan bagi memberikan sintikan semangat kepada peserta.

Pada keseluruhannya program ini berjaya dengan cemerlang tanpa ada sebarang insiden yang buruk. Tahniah kepada ketua Kem Komandan dan penolongnya yang telah berjaya melaksanakan perkemahan ini. Begitu juga kawalan disiplin oleh guru-guru disiplin yang diketuai oleh Encik Rais , yang berjaya mendisiplinkan pelajar dengan cemerlang. Tahniah juga kepada semua guru lain yang turut terlibat.

Diharapkan , pada tahun hadapan , kita mampu melakukannya di tempat luar dari sekolah supaya pelajar dapat merasai suasana perkemahan yang sebenar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...