SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, July 4, 2011

PERASMIAN BILIK MPV- SOLEKAN DAN DANDANAN OLEH PN. ARISA BINTI ABDULLAH- PENGASAS SHDIRA KOSMETIK











Hari ini juga merupakan satu sejarah dan permulaan kepada program kolaborasi dan komuniti antara sekolah dan masyarakat apabila perasmian Bilik MPV sekolah ini dirasmikan oleh Pengasas Shdira Kosmetik - puan Arisa Binti Abdullah. Shadira Kosmetik adalah satu jenama penjagaan muka yang sudah terkenal dan promosi mengenainya dapat kita lihat di media massa.

kehadiran Pn. Arisa menjadi tumpuan lrew Lensa untuk merakan detik bersejarah penglibatan komuniti di dalam program sekolah. Beliau kemudiaannya telah merasmikan Bilik MPV sekolah ini dengan menandatangani plak perasmian di bilik berkenaan.

MPV Solekan dan Dandanan di sekolah ini merupakan MPV pertama jenis berkenaan di negeri ini dan ia sering menjadi rujukan bagi sekolah-sekolah lain. Peningkatan pencapaiannya pada setiap tahun di dalam SPM amat memberangsangkan. pada tahun 2010, pencapaian GPMPnya ialah sekitar 1.43. Tahniah kepada gurunya Puan Yusni Hanim dan Bidang Teknik dan Vokasional di bawah bimbingan puan Fadhilah di atas kecemerlangan ini.

Sempenan dengan minggu Teknik dan Vokasional ini juga diadakan minggu Keusahawanan di mana pihak MPV menawarkan perkhidmatan solekan dan dandanan kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat atau sesiapa yang berminat dengan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja bagi satu sesi lengkap.

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk membiasakan pelajar dengan dunia kerjaya sebenar di samping peluang bagi mereka meningkatkan kecekapan mereka di dalam bidang
ini.

Terima kasih kepada Puan Arisa dan Tuan PPD, Tuan Mohd. Sah di atas kehadiran dan kesudian menjayakan program kita pada hari ini.

bagi warga sekolah , khususnya para pelajar, Apalagi...rebut peluang dan sertai program kita segera...wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...