SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, July 15, 2011

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA SIRI 2- TK 1, 2 DAN 5





)

Pada 14 Julai 2011, Khamis yang lalu, bertempat di Dewan Seri Budiman SMK Tmn Tuanku Jaafar , telah berlangsung perlancaran Program Lonjakan Saujana Kecemerlangan Akademik peringkat sekolah yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Taklimat disampaikan kepada semua ibu bapa dan para pelajar yang terlibat di dalam program ini iaitu terdiri daripada 90 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 85 orang pelajar tingkatan 5.

Tujuan program ini diadakan adalah :

1. Menyediakan sekumpulan pelajar sasaran untuk mencapai kecemerlangan sekolah.
2. Menyediakan satu program latihtubi yang sistematik dan tersusun bagi mencapai kecemerlangan.
3. Mensasarkan peningkatan kecemerlangan dan mengurangkan peratus kegagalan di dalam setiap peperiksaan.
4. Melahirkan rasa peduli pihak sekolah terhadap kemajuan dan kecemerlangan pelajar.
5. Mengemblengkan seluruh tenaga warga sekolah dan ibu bapa di samping pelajar di dalam mencipta kecemerlangan.

Strategi Perlaksanaan program ini ialah:

1. Mengenalpasti kumpulan sasaran daripada setiap tingkatan .
2. Mengkategori dan mengelompokkan pelajar kepada 3 kumpulan utama iaitu: Kumpulan
Terbilang (potensi semua A), Cemerlang (potensi 6,7 A) dan kumpulan Harapan
(potensi Lulus).
3. Menyediakan setiap pelajar dengan guru mentor dan guru pemeriksa mata pelajaran.
4. Menyediakan set latihan mengikut keupayaan dengan jumlah yang banyak bagi setiap
kumpulan.
5. Mengadakan jadual pengambilan bahan dan penyediaan latihan yang teratur dan
sistematik yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar.
6. Mengadakan sistem pemantauan pencapaian dan perbincangan berkala dengan ibu bapa
bagi memastikan kecemerlangan berterusan.
7. Memantau pencapaian pelajar daripada tahap bawah (tingkatan 1 hingga ke tingkatan
5.
8. Menyediakan skim insentif kecemerlangan sebagai motivasi kepada pelajar.

Kita percaya bahawa, jika sistem ini dapat diikuti dan dilaksanakan dengan sepenuhnya, maka kita akan mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi. Semua ini memerlukan komitmen semua pihak sama ada daripada guru, pelajar dan ibu bapa. ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa menyiapkan latihan dan memantau pergerakkan mereka ke arah cara hidup sihat seorang pelajar. Inilah tujuan kenapa kita memanggil ibu bapa hadir agar mereka dapat memantau mereka secara sistematik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...