SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, July 15, 2011

KURSUS FOTOGRAFI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI JELEBU






SELARI DENGAN DASAR PEMBUDAYAAN ICT di SMK Tmn Tuanku Jaafar, pihak sekolah melalui krew Lensa telah mengadakan kursus Fotografi melalui Kolaborasi bersama Kolej Komuniti Jelebu sebanyak 2 siri. Siri 1 telah berlangsung pada 9,10 dan 11 Julai yang lalu dan siri kedua akan berlangsung pada 17, 23 dan 24 Julai ini nanti. Seramai hampir 30 pelajar menyertai kursus ini dengan dibantu dan diselia oleh 3 orang guru AJK Kelab Lensa sekolah iaitu, Pn. Sabariah Seman, Pn. YusrinaHanim dan Pn. Noor Azian Hani.

Melalui program ini pelajar didedahkan dengan teknik fotografi yang betul serta mempelajari fungsi button pada kamera dan melakukan proses editing gambar dengan sistematik.

Apa yang diharapkan, melalui kursus ini kita akan ada sekolompok juru kamera di kalangan pelajar yang akan merakam gambar dan pristiwa penting di sekolah ini untuk tujuan dokumentasi. Di samping itu juga adalah menjadi peranan sekolah untuk memberikan nilai tambah kepada para pelajar berkaitan kemahiran yang perlu kepada mereka. Apa yang lebih penting ialah agenda pembangunan ICT di sekolah ini akan menjadi lebih mudah dan bergerak pantas ke arah menjadi sekolah berwatak ICT yang hebat di negara ini.
Tahniah, krew Lensa dan AJK Kelab Fotografi (LENSA) sekolah. Semoga terus mencipta kejayaan cemerlang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...