SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, January 10, 2010

LATIHAN RUMAH SUKAN SUDAH BERMULA ...DAN DENGAN IMEJ RUMAH SUKAN YANG BARU..






Walaupun hari persekolahann baru saja bermula selama 3 hari, namun aktiviti sukan iaitu latihan rumah sukan sudahpun bermula. Latihan yang bermula pada hari Rabu dan Khamis pada minggu pertama persekolahan juga membawa bersama imej baru dalam latihan dan pakaian. Buat pertama kalinya , rumah sukan pada tahun ini mempunyai pakaian khusus bagi setiap rumah. Yang menariknya, semuanya berlengan panjang! Baik lelaki mahupun perempuan!.

Pemakaian pakaian khas mengikut warna rumah sukan ini secara tidak langsungnya dapat menaikkan semangat ahli rumah untuk bersaing demi menjaga nama dan maruah rumah sukan masing-masing. Ia juga memberikan suasana sukan sebenar dengan berwarna -warna disamping persaingan yang berlaku di gelanggang. Sambutan amat menggalakkan . Sasaranya pada hari Rabu 13 Januari ini, semua pelajar sudah mempunyai pakaian rumah sukan masing-masing dan memakainya pada setiap kali latihan.

Pemakaian pakaian sukan ini juga dapat memberi imej baru keseluruhannya kepada pelajar Jelai. Imej pemakaian baju yang kurang 'menarik' selama ini, dapat dihapuskan dengan adanya pakaian baru ini.

Sasaran kita pada tahun ini adalah agar sukan kita pada tahun ini akan lebih meriah, lebih bersemangat dan lebih berwarna -warni dalam kecemerlangan , khususnya dalam bidang olahraga yang telah menjadi salah satu 'watak' sekolah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...