SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, November 11, 2009

SMK Jelai Felda Tetap Cemerlang di Anugerah PPD Tampin






Tahniah dan Syabas! Kepada semua warga SMK Jelai Felda kerana sekali lagi kita membuktikan bahawa "KITA MEMANG HEBAT". Dengan 10 Anugerah yang diterima, kita masih hebat berbanding sekolah-sekolah lain walaupun beberapa anugerah yang sudah pasti 'dalam tangan kita' tidak diberikan seperti anugerah olahraga, pada tahun ini. Antara anugerah yang diterima ialah:

1. Pesta Pantun
2. Surau Terbilang
3. Kantin Cemerlang
4. Program olahraga Terbaik
5. Sekolah Berwatak Olahraga
6. Pengelola Kadet KRS Lelaki
7. Pengelola Sayembara Puisi
8. Program Sekolah Selamat



Kita juga telah melakukan lonjakan hebat dalam kategori 'pengurusan sekolah cemerlang', dengan mendapat tempat kedua (kalah 7 mata daripada pemenangnya SMK TBS). Sesungguhnya kecemerlangan ini menjadi pendorong kepada usaha yang lebih gigih pada tahun hadapan. Sasaran kita sudah tentulah untuk menjadi JUARA!

Buat masa ini kita sedang bertanding di peringkat negeri untuk kategori :

SURAU TERBILANG
PBL (project Base Learning)

Kita berharap agar berjaya dengan cemerlang. Tahniah....!

1 comment:

Muhammad said...

tahniah kepada SMK Jelai (F)!satu pencapaian yang cukup baik dan boleh dibanggakan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...