SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, November 4, 2009

HARI GRADUASI, KECEMERLANGAN DAN HARI QUALITI SMK JELAI FELDA -29 OKT 2009






Pertama kali dalam sejarah SMK Jelai Felda mengadakana Majlis Graduasi pelajar tingkatan 5 di sekolah ini. Majlis ini digabungkan bersama dengan Hari Kecemerlangan dan Hari Qualiti. Majlis Graduasi diadakan pada sebelah pagi dengan tetamu terdiri daripada YB Hjh. Zainab Nasir, Exco Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat meranagkap Adun Gemas, Tuan PPD Tampin, Tn. Hj. Md. Aris Azis, Tuan Anuar , Ketua Balai Polis Gemas, pengetua SMK Bukit Jalor, pemimpin masyarakat di Jelai dan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan perarakan guru dan kakitangan dan diikuti dengan Perarakan Besar yang diketuai oleh pembawa cokmar dan diikuti oleh YB Zainab Nasier selaku Pro Censelor, Tuan PPD, Pengetua, Pengerusi PIBG dan pihak pengurusan tertinggi sekolah dalam alunan muzik Gamelan yang sungguh indah. Majlis dilaksanakan mengikut tradisi seperti di Universiti bagi memberikan mood kepada pelajar akan terus memasang impian agar selepas ini mereka akan menerima skrol di universiti pilihan mereka pula.

Seramai 249 lepasan SPM menerima skrol. Sejarah tercipta dengan pengenalan jubah baru sekolah yang berwarna hijau lumut dengan kemasan berwarna kuning. Makanan tengahari juga disediakan dengan kerjasama Masjid Jelai 3 yang sudi menguruskan masakan. Syukur semua tetamu, peserta dan orang ramai dapat menikmati makanan tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan khusus kepada YB Zainab Nasir yang sudi hadir buat kali kedua dan menyumbang RM5000.00 untuk majlis ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...