Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan. Bagi anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan awam(SPM), ini merupakan hari yang amat dinanti-nantikan. Di dalam minda masing-masing sudah terbayang apa yang tidak dapat dilakukan selama ini semasa hari persekolahan. Tidak perlu bangun awal untuk datang ke sekolah. Tidak perlu berhadapan dengan tugasan di bilik darjah dan bebas! Bebas nak berambut panjang! Bebas nak bersiar-siar atau melancong dan segalannya. Memang itulah hakikatnya cuti sekolah.
Namun, bagi pelajar di sini, mereka telah dibekalkan oleh guru masing-masing dengan kerja sekolah! Nah! Cuti sekolah bukan lagi masa untuk enjoy sepenuhnya! Masa cuti sekolah adalah persiapan bagi menghadapi tahun baru, tahap baru yang lebih sukar. Bagi pelajar tingkatan 2 , 2010 adalah tahun PMR dan bagi yang di tingkatan 4 , SPM akan setia menanti pada tahun 2010!. Sebenarnya, dalam belajar, tidak ada istilah rehat atau berhenti! Belajar seharusnya sudah menjadi darah daging! yang sentiasa mengalir setiap masa dan sentiasa hidup! Bagi pelajar, alangkah sayangnya jika masa selama hampir 45 hari sehingga menanti sessi persekolahan 2010, dibiarkan terbuang begitu sahaja!
Ada pelajar tingkatan 5 yang datang berjumpa saya dengan mengakui "saya rugi cikgu. Saya dah terlambat sedar untuk belajar dulu!". Nah. bagi pelajar lain, adakah aanak-anak bersedia mengalami penyesalan sebegini, di saat kita punyai banyak masa untuk memanfaatkan untuk pelajaran!
Bagi guru-guru, cuti ini sekurang-kurangnya dapat memberi ruang untuk bersama keluarga yang 'tertinggal' sejak sekian lama. Selama ini kita asyik dengan kerja sekolah, mendidik anak-anak di sekolah ini yang kadang-kadang mengabaikan keluarga , hatta anak kita sendiri. Gunakan cuti ini sebaik-baiknya untuk persiapan kita pada tahun 2010. Namun, setiap guru di sekolah ini telah maklum, cuti pada tahun ini tidak sebebas tahun sebelumnya. Kita terpaksa bersiap sedia menyediakan keperluan untuk anugerah sekolah cemerlang, jika dicalonkan nanti!
Terima kasih cikgu-cikguku yang budiman! Terima kasih anak-anak didik di SMK Jelai Felda yang sedikit sebanyak sudah menyedari peri bernilainya harga diri dan maruah diri hasil daripada kecemerlangan yang kita cipta daripada usaha gigih sepanjang tahun 2009 ini.
'SELAMAT BERCUTI DAN JUMPA LAGI PADA TAHUN HADAPAN 2010
'2010- KITA LONJAKKAN KECEMERLANGAN....
No comments:
Post a Comment