SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, November 4, 2009

JUBAH GRADUASI KHAS SMK JELAI FELDA






Majlis Graduasi 2009 juga memperkenalkan Jubah Graduasi Khas SMK Jelai Felda buat pertama kali. Pengenalan jubah ini memberikan suatu imej baru kepada sekolah dalam mengejar kecemerlangan. Bilangannya akan ditambah pada tahun hadapan dengan harapan agar semua pelajar dan warga sekolah akan dapat menggunakan jubah berkenaan pada tahun 2011. Ucapan terima kasih khusus kepada Pn. Ramlah, Ketua Pembantu Tadbir sekolah ini yang telah berkorban masa dan tenaga menyiapkan jubah ini. Ini membuktikan SMK Jelai Felda 'MEMANG HEBAT' dan kita mampu menjadi sekolah yang cemerlang. Setiap warga dan masyarakat di Jelai ini patut bergembira bahawa kita sebenarnya tidak kurang hebat berbanding sekolah ternama. Kesungguhan, komitmen dan keinginan untuk cemerlang adalah asas untuk meraih kejayaan. Tahniah!

1 comment:

ekonomiasas said...

Assalamualaikum.
satu perkara apabila memakai jubah, tangan tidak digalakkan disilang ke belakang...nanti akan kelihatan seperti tiada tangan.itu pesan Pendaftar universiti saya dulu masa nak konvo. Ada benarnya tu..terutama bila ambil gambar..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...