SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, November 16, 2009

LAWATAN PENANDA ARASAN KE UTARA











SMK Jelai Felda mengorak langkah untuk menyahut cabaran Anugerah Sekolah Cemerlang dengan mengadakan lawatan penanda arasan ke SMK Jitra dan SMK Ibrahim di Sg. Petani Kedah. Rombongan lawatan terdiri daripada semua pasukan pengurusan di ketuai oleh Pengetua, Semua GPK, Ketua Bidang, Guru-Guru Cemerlang. Ketua Panitia, KPT , dan staf sokongan. Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu untuk dibawa balik ke SMK Jelai Felda, untuk tujuan penambahbaikan sekolah. Memang banyak yang dapat dipelajari terutama idea-idea inovasi. Kelihatannya rata-rata ahli rombongan amat teruja untuk melakukan perubahan demi sekolah dengan mengumpulkan sebanyak maklumat, gambar untuk dianalisis dan diadaptasi ke persekitaran sekolah. Tempoh lawatan yang singkat ternyata mengecewakan ahli rombongan . Namun, kita yakin kita semua sudah ada keyakinan untuk turut berubah ke arah kecemerlangan setara dengan pencapaian sekolah lain juga. Antara pengajaran penting yang diperolehi untuk mencipta kejayaan itu ialah, komitmen guru dan semua warga sekolah, idea inovasi dalam sebuah unit dan guru, keterbukaan dan sikap positif ke arah mencipta kejayaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...