SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, November 4, 2009

HARI KECEMERLANGAN SMK JELAI FELDA










Hari kecemerlangan SMK Jelai Felda 2009, buat pertama kalinya diadakan di sekolah ini dan serentak dengan 2 majlis lain iaitu Graduasi dan Hari Qualiti atau Hari Terbuka sekolah. Pada majlis ini penganugerahan diberikan bukan sahaja kepada para pelajar yang mencipta kejayaan di dalam akadeainab Nasmik, ko-kurikulum, malah melibatkan pelajar yang telah mencipta lonjakan sahsiah, kepimpinan dan anak-anak yatim. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YB Shamsulkahar Mohd. Deli, Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Zainab Nasir, Exco Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Tuan Mohd. Radzi Wahab, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, mewakili Pengarah JPNS, Tuan Timbalan PPD Tampin, Puan Siti Noridah Ujang dan pengerusi PIBG. Sambutan ibu bapa amat menggalakkan dan tahniah diucapkan.

Penyampaian didahului dengan anugerah Skim Insentif Olahraga dan Olahraga Plus Akademik kepada atlit sekolah.
Turut diberikan penghargaan ialah kepada guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dan 8 kaategori seperti Guru kreatif/ Inovasi, Pencapaian Tertinggi Kebangsaan dan Antarabangsa, Guru Dedikasi dll. Anugerah Panitia Cemerlang juga diberikan penghargaan.
Pihak sekolah dan PIBG telah membelanjakan sekitar RM5600.00 untuk penyediaan hadiah berupa plak, sijil dan wang tunai kepada pemenang. Turut diberikan penghargaan ialah anggota masyarakat yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan program sekolah seperti Tn. Hj. Abd. Rahman, Nazir Masjid Jelai 3 dan Dr. Norsiah daripada Hospital Daerah Tampin bagi Anugerah Komuniti Terbilang.

Acara selingan dihiasi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar sekolah, tarian oleh pelajar pendidikan khas SMK Jelai Felda dan persembahan Khas oleh Iedet,dan rakan daripada PERIMU ( Persatuan Pencinta Muzik Malaysia) sebuah NGO dari Kuala Lumpur,yang telah berkolobrasi dengan SMK Jelai Felda

Terima kasih di atas sumbangan semua dan syabas kepada semua penerima anugerah dan teruskan kecemerlangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...