
Di samping kelas tambahan dan latihtubi yang berterusan setiap hari, bengkel-bengkel khas tidak berhenti sehingga sabtu dan ahad. Pagi dan malam.
Program seperti ini telah pun bermula semenjak bulan Febuari yang lalu.

i. Pelajar cemerlang/Elit - Perkampungan Ilmu/ Enjin
ii. Pelajar gagal BM / Sejarah -Program BERUS
iii. Pelajar Sederhana / Cemerlang - Gerak Gempur

v. Bengkel Pra Peperiksaan - Pelajar Cemerlang/ Sederhana
vi. Bengkel sebelum Cuti - Pelajar Galus/ Garus

Pelajar juga disediakan dengan sarapan pagi dan makan tengahari. Kos keseluruhannya adalah sekitar RM9000.00. Tujuannya adalah untuk menaikkan GPS sekolah dan meramaikan jumlah pelajar yang mendapat 8 A hingga ke 10 A

Program BERUS pula adalah berrfokus kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat kelulusan di dalam 2 subjek BM dan Sejarah. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam program ini akan mengikuti latih tubi 2 subjek tersebut sepanjang hari sehingga mereka keluar daripada kegagalan. Pada tahun lalu, program ini telah berjaya mencatat kejayaan sebanyak lebih daripada 300 peratus (daripada 150 orang yang gagal dalam peperiksaan percubaan sehingga berkurangan kepada 46 orang sahaja) di dalam peperiksaan SPM sebenar

Program Gerak Gempur pula yang mencakupi keseluruhan pelajar ( waktu PdPc) telah dimulakan sejak awal Julai iaitu sebaik tamat peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Satu jadual khusus telah disusun atur dan pelajar yang tidak menghadirinya akan diambil tindakan yang tegas.

Kelas Anjal ini telah dilaksanakan sebaik tamat peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dengan memfokuskan setiap pelajar akan menjalani latihtubi berterusan setiap hari. Kelas ini juga telah disusun mengikut bilangan waktu yang seesuai mengikut subjek. Ada subjek tertentu yang ditambah waktunya terutama bagi subjek-subjek yang kritikal dan ada juga yang dikurangkan terutamanya bagi subjek yang tidak kritikal dan telah mencapai peratusan lulus yang baik.



Apa yang pasti, persiapan dan kesungguhan para guru untuk mencatat peningkatan di dalam GPS dan kelulusan , amat-amat dirasakan. Ternyata mereka sangat bersemangat dan memberikan komitmen yang terbaik.
InsyaAllah saya amat yakin dengan komitmen dan kesungguhan guru -guru di SEMSE ini. Saya berdoa semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik pada peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya yakin pengorban mereka tidak akan sia-sia.
Buat para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain di sekolah ini, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Kenangilah jasa dan penat lelah para guru ini yang mengajar dengan penuh ikhlas , tanpa sebarang bayaran tambahan , walaupun mereka menggunakan masa lapang mereka dan wang ringgit serta keringat mereka sendiri. Balaslah jasa bakti mereka dengan keputusan terbaik di dalam peperiksaan ini...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment