Bagi sessi 2016 ini, SMKTTJ menerima seramai 339 orang pelajar yang akan ditempatkan di sembalan buah kelas yang merangkumi 5 kelas pada waktu pagi dan 4 kelas lagi pada waktu petang.
Pada tahun ini, bebrapa pembaharuan telah dilakukan terhadap program orientasi tingkatan 1. Bermula pada tahun ini, sessi orientasi pelajar tingkatan 1 berjalan selama 1 bulan penuh. Program pada tahun ini juga telah dibahagikan kepada 2 fasa.
Pelajar-pelajar ini pada 2 hari pertama persekolahan yang lalu, telah
dikumpulkan pada sessi petang untuk sessi taklimat dan orientasi umum.
Pada program 2 hari ini, para pelajar diberikan taklimat tentang jadual
dan perjalanan sekolah serta penyerahan buku teks kepada semua pelajar.
Pada hari ketiga dan seterusnya, pelajar telah diasingkan mengikut sessi masing-masing iaitu, sessi pagi dan petang.
Pada peringkat ini para pelajar akan mengikuti pembelajaran mengenai kemahiran-kemahiran asas di dalam setiap subjek yang akan dipelajari oleh mereka kelak. Aktiviti ini akan dilakukan secara kumpulan dan dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing dan panitia. Di samping itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan budaya sekolah, kemahiran sosial, kemahiran akhlak dan moral. Pelajar juga akan didedahkan kemahiran belajar, kemahiran membuat nota, peta I-Think , ICT , talent ID olahraga dan permainan dan sebagainya. Sepanjang tempoh orientasi ini mereka akan mengikuti jadual yang ketat , yang diselia oleh guru-guru kaunseling.
Tujuan program orientasi ini dilanjutkan selama 1 bulan adalah bagi menyediakan para pelajar dengan segala kemahiran asas bagi mereka memulakan sessi pembelajaran. Apa yang diharapkan nanti, setelah tamat orientasi ini, pelajar-pelajar telah dilengkapi dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang akan membolehkan mereka belajar dengan lancar dan cepat. Hal ini juga akan lebih memudahkan para guru untuk mengajar dalam tempoh yang agak laju serta tidak lagi berhadapan dengan segala kesalahan dan kelemahan asas pada diri mereka. Justeru itu, adalah diharapkan suasana pemngajaran dan pembelajaran akan lebih ceria, cepat dan seronok kepada kedua-dua pihak iatu pelajar dan guru.
Dengan fokus kita ke arah lonjakan peningkatan akademik yang lebih tinggi, kita yakin para pelajar tingkatan 1 sessi 2016 ini akan mampu merealisassikan perancangan tersebut dan akan dijadikan model dan penanda aras bagi iltizam kita pada tahun ini. Ia amat bersesesuaian dengan slogan kecemerlangan kita pada tahun ini iaitu:
" BUDAYAKAN KECEMERLANGAN"

No comments:
Post a Comment