KURSUS GURU-GURU BAHARU SMKTTJ bagi sessi 2016 telah berlangsung semalam, 16 Jan 2016 di Balai Konfrensi SMKTTJ . Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 2.00 petang ini adalah diuruskan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di bawah Puan Fadhilah Hashim ( Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
Kursus ini melibatkan seramai 22 orang guru yang baru mendaftar masuk ke SMKTTJ bermula daripada tahun 2015 yang lalu. Ini memandangkan, pada tahun lalu, pihak sekolah tidak sempat untuk mengadakan program ini .
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru baharu tentang beberapa perkara yang melibatkan;
1. Budaya dan hala tuju sekolah,
2. ICT/ ForgVle dan Pembelajaran Abad ke 21
3. COCOSTAR/ KPI mata pelajaran
4. Perancangan strategik dan program-program akademik
5. Perancangan strategik dan program-program Hal Ehwal murid
6. Perancangan strategik dan program-program Kokurikulum
Sebagai anggota baharu di dalam organisasi sekolah, guru-guru baharu ini perlu di dedahkan dengan hala tuju dan budaya sekolah agar mereka benar-benar faham dan dapat menghayati hasrat dan cita-cita sekolah. Dalam penerangannya kepada guru-guru, Tuan pengetua menekankan peri penting setiap guru baru meningkatkan pengetahuan mereka di dalam kaedah pengajaran dan mempunyai fikiran yang betul terhadap pendidikan. pendidikan perlu dilihat secara holistik dan tidak hanya aspek akademik sahaj. Sebagai guru, kita dituntut untuk bukan hanya menyampaikan ilmu, namun juga melengkapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran dan nilai-nilai akhlak yang membolehkan mereka menjadi insan yang berguna.
Tuan pengetua juga menekan peri pentingnya , setiap guru baharu memahami hala tuju sekolah dan bersama-sama pihak sekolah merealisasikan impian tersebut. Guru-guru tidak boleh lari atau berpaling ke arah lain. Sebaliknya mereka haruslah seia dan sekata bersama-sama pengurusan sekolah. Ibarat keretapi yang menuju ke stesyen yang dituju, semua gerabak perlulah mengikut arah yang sama dengan kepala keretapi tersebut. Jika kepala keretapi itu bergerak pantas, maka, semua gerabak mestilah juga bergerak pantas, sepantas kepala keretapi. Walau ke mana jua arah pergerakan kepala keretapi tersebut, semua gerabaknya harus mengikutinya.
Guru-guru baharu juga perlulah pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta pantas di dalam memahirkan diri di dalam setiap aspek keperluan sekolah. Guru-guru baharu perlulah berani menonjolkan diri dan menghasilkan idea-idea yang baik dan mampu pula merealisasikannya. Mereka tidak perlu takut di dalam melontarkan idea dan memberikan jalan penyelesaian terhadap idea tersebut. Mereka juga perlu sentiasa positif di dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka dan tidak mudah pula dipengaruhi oleh anasir negatif .
Bagi guru-guru muda pula, mereka dinasihatkan agar sentiasa mempunyai sikap mahu belajar dan menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan tidak berkira di dalam melaksanakan tugas yang diberi. carilah peluang mendapatkan pengalaman dan tawarkan diri untuk membantu rakan-rakan kerana di situlah peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman baru. Pengalam dan ilmu ini akan menjadi amat berharga dan penting pada suatu masa kelak, terutama apabila mereka memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah pada suatu masa nanti.
Kurus ini berakhir sekitar jam 2 petang. Walaupun, masa yang diperuntukan amat singkat, namun diharapkan agar mereka dapat menjadikan pengalaman dan ilmu yang diperolehi di dalam kursus ini akan menjadi pencetus kepada semangat dan komitmen yang kuat bagi mereka meluaskan pengetahuan demi memastikan agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sesuai dengan slogan kecemerlangan sekoalh pada tahun 2016 ini iaitu:
"BUDAYAKAN KECEMERLANGAN"
No comments:
Post a Comment