SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 16, 2016

HARI YANG SIBUK BUAT SMKTTJ -14 JAN 2016- SEMPENA CUTI HARI KEPUTERAAN YAM TUAN BESAR N. SEMBILAN.

Tuisyen DR. Shah
Pemandangan yang sudah menjadi kebiasaan di SMKTTJ...walaupun ketika seluruh warga Negeri Sembilan bercuti sempena menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Yam Tuan Besar Negeri Sembilan pada hari ini, namun sebahagian warga SMKTTJ memanfaatkan cuti berkenaan untuk melakukan pelbagai aktiviti dan menyempurnakan tugas.



Memandangkan ketiadaan ruang masa yang mencukupi , disebabkan faktor sekolah 2 sessi, masa yang ada ini digunakan dengan sebaik mungkin.

Pada hari ini berjalannya aktiviti :

Saudara Jimmy
1. Latihan bola jaring di bawah bimbingan Puan Zarita dan Puan Syarifah di Gelanggang Serbaguna
2. kelas Tuisyen tingkatan 5 oleh Dr. Shah di Surau An NUr
3. kerja-kerja naiktaraf bilik Laman Cyber oleh Saudara Jimmy
4. Aktiviti mengukur semula padang dan penyediaan trek olahraga di bawah unit sukan dengan bantuan Encik Azam dari Jelai Felda
5. Beberapa pelajar tingkatan 4 mengulangkaji pelajaran di Zon Nilam/ Zon Komuniti
6. Aktiviti menceriakan kelas di kelas KRK

Semangat dan kesungguhan yang diperlihatkan oleh warga sekolah yang hebat ini , sesungguhnya suatu petanda yang amat baik bagi permulaan tahun 2016 di sekolah ini.
Ulangkaji pelajaran

   








Add caption

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...