SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, January 17, 2016

Papan Tanda Penguatkuasaan Peraturan Masuk Sekolah bagi sessi 2016...


Pembukaan sessi persekolahan tahun 2016 ini memperlihatkan penguatkuasaan tegas terhadap etika berpakaian setiap kali memasuki kawasan sekolah SMKTTJ.
Penguatkuasaan ini meliputi seluruh warga sekolah dan juga ibubapa serta orang awam yang berurusan di sekolah ini. Untuk memastikan peraturan ini dipatuhi , papan tanda baru yang lebih besar dan jelas, telah dipasang sebelum bermulanya sessi persekolahan bertarikh 4 Januari 2016 . Papan tanda ini juga dipasang di pintu pagar dalam kedudukan yang strategik yang tidak memungkinkan ia tidak dapat dilihat dengan jelas.
Pemakluman akan peraturan ini telah diwar-warkan melalui perhimpunana pagi dan watsapps kelas, PIBG dan Info Rasmi SMKTTJ.
Peraturan ini adalah bertujuan bagi mendidik seluruh warga sekolah dan orang awam agar lebih berdisiplin di dalam soal pemakaian agar kelihatan kemas dan bersopan. Ia juga bertujuan agar semua pihak menghormati sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang patuh kepada peraturan dan seterusnya menjadi rakyat yang taat. Ia juga bertujuan untuk mengajak semua pihak terutamanya para ibubapa dan komuniti , bersama-sama dengan pihak sekolah membantu mendidik anak-anak mereka dan pelajar ini ke arah menjadi pelajar yang berdisiplin. Selain ia juga bertujuan untuk membentuk imej baru SMKTTJ sesuai dengan slogan kecemerlangan ,

DISIPLIN PERTAMA
AKADEMIK UTAMA
AKHLAK ASASNYA

Pihak sekolah memahami akan ada sedikit kesukaraamanya, amatlah sukar. di dalam kalangan pelajar dan ibubapa untuk mematuhi peraturan ini. Memanglah untuk menukar sesuatu yang telah sebati di dalam sanubari ibubapa terutamanya, amatlah sukar. Namun demi kepentingan pendidikan anak-anak yang bakal mewarisi kecemerlangan negara, ia memerlukan perubahan.

Sebelum ini, pihak sekolah juga sebenarnya telah memasang papan tanda berkaitan etika pekaina ini. Namun , disebabkan saiznya kecil , mungkin menjadikan ia sukar dilihat dan dipatuhi. Adalah diharpkan dengan papan tanda bersaiz besar dan kedudukannya yang jelas mudah dilihat ini, mampu mendidik semua pihak agar patuh kepada peraturan.

Alhamdulillah, sejak beberapa tahun yang lalu, SMKTTJ telah berubah imejnya. Daripada sebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang bermasalah disiplin kepada sekolah yang mempunyai pelajar yang baik akhlaknya. Pelajar SMKTTJ dikenali sebagai pelajar yang penuh berdisiplin dan menghormati tetamu, baik di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Justeru, dengan penambahan kepada etika berpakaian ini, ia bukan sahaja akan menjadikan pelajar SMKTTJ lebih berdisiplin, tetapi juga kelihatan segak dan kemas pada sepanjang masa. Seperti kata Tuan Pengetua; " walaupun kita hanya sebuah sekolah harian biasa dan bukannya Sekolah Berasrama Penuh, namun ia tidak menghalang sikap, pemikiran dan akhlak kita sepertimana mereka. Malah kita akan berusaha menjadi lebih baik daripada mereka".

InsyaAllah, dengan slogan kecemerlangan kita pada tahun ini , BUDAYAKAN KECEMERLANGAN, kita pasti mampu berusaha menjadi lebih baik dan disegani.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...