SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, March 12, 2016

BANGUNAN DEWAN BESAR SMKTTJ -

Alhamdulillah....berita yang menggembirakan akhirnya sampai ke hadapan mata warga sekolah dan seluruh komuniti sekitar sekolah. Penantian yang begitu lama semenjak tahun 2011, akhirnya terjawab dan terhidang kini di depan mata kita semua. Pastinyanya ia sesuatu yang amat menggembirakan buat semua. khususnya warga pendidik SMKTTJ dan juga saya sendiri.

Mengimbas kembali bermula dengan kehadiran saya di sekolah ini pada 1 April 2011 yang lalu, usaha untuk mendapatkan dewan ini adalah adalah salah satu sasaran/ visi saya yang perlu saya capai. Hal ini begitu penting sekali memandangkan sekolah ini menghadapai masalah yang besar di dalam mengadakan setiap majlis dan program akibat ketiadaan dewan yang boleh menampung bilangan pelajar yang ramai dan juga ibubapa. Denga  bilangan pelajar yang mencecah hampir 1500 orang pelajar, kemudahan dewan ini menjadi sesuatu yang amat perlu. Tambah memeritkan lagia ialah apabila sekolah ini juga menghadapi masalah kekurangan bilik-bilik darjah dan terpaksa mengadalan kelas 2 sessi, iaitu pagi dan petang.

Dewan sedia ada (kelas yang dibuka menjadi dewan ) amat kecil dan mampu menampung sekiitar 100 orang sahaja pada satu-satu masa. Sementara itu, kebanyakan program dan aktiviti utama sekolah ini terpaksa dijalankan di ruang legar sekolah yang boleh menampung sekitar 200 orang sahaja. Namun ia masih tidak selesa kerana ia merupakan ruang terbuka yang mudah terganggu oleh faktor bising dan suasana tidak selesa. Ruang legar ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti terutamanya ia juga berfungsi sebagai ruang solat untuk pelajar lelaki terutama untuk solat zohor berjemaah yang dilakukan setiap hari.

Namun begitu, apa yang menjadikan kehadiran dewan ini amat penting ialah untuk mengisi ruang bagi menjalankan peperiksaan awam PT3/ SPM  yang diadakan setiap tahun. Setiap tahun jugalah sebanyak 15 kelasterpaksa dicutikan setiap hari sepanjang PT3 termasuklah pelajar tingkatan 5. Hampir semua hiasan meja dan bahan -bahan pendidikan yang ditampalkan di dinding kelas terpaksa ditanggalkan kerana mengikut arahan prosedur peperiksaan.

 Justeru itu, kehadiran dewan besar tertutup ini, merupakan suatu rahmat yang cukup besar bagi setiap warga sekolah ini.

Mengimbas kembali gerak kerja mendapatkan dewan ini bermula pada tahun 2011 yang lalu. Pihak sekolah telah memohon kepada KPM melalui JPNS . Namun kami dimaklumkan bahawa tiada peruntukan untuk itu.

Pada penghujung tahun 2012, sekitar November, kami didatangi oleh beberapa pegawai daripada unit pembangunan KPM yang menawarkan pembinaan dewan terbuka. Jika kami bersetuju , mereka akan mula membina dewan terbuka ini seawal januari 2013.

Namun, saya ketika itu, masih tidak berpuashati dan tetap mahukan dewan tertutup. Ketika sessi perbualan selepas tamat mesyuarat yang dihadiri oleh pihak JPNS dan PPD Seremban, saya masih menyatakan harapan saya untuk mendapatkan dewan tertutup ini. (Ketika itu hanya tinggal saya dan 2 orang pegawai daripada KPM sahaja). Saya menyatakan keengganan saya untuk menerima dewan tertutup ini kerana ia tidak menyelesaikan masalah utama saya iaitu isu peperiksaan awam PMR ndan SPM.

Saya bertanyakan pegawai berkenaan akan kemungkinan saya memperolehi dewan tertutup ini kembali , jika saya menerima dewan terbuka ini. Beliau ada menyatakan bahawa , saya hanya boleh memohon di dalam RMK 11 iaitu pada tahun 2015 -2020. Itupun jika ia diluluskan.

Memandangkan saya terlalu menginginkan dewan tertutup ini, maka saya mengambil keputusan untuk menolak daripada menerima dewan terbuka ini dan tetap mahukan dewan tertutup. Pegika itu, pegawai ini kemudiaannya terus memaklumkan kepada pegawai atasannya di KPM dengan menyatakan hasrat saya . Nasib memang menyebelahi saya ketika itu, apabila pegawai ini memaklumkan bahawa;" O.K tuan. Boss saya setuju menukar kepada dewan tertutup dan kami kena buat pelan dan permohonan semula!".
Ah!! Leganya hati ketika itu tidak terkira!

Namun , apabila masih ke tahun 2013, cerita dewan ini kembali senyap dan tiada sebarang berita yang diterima.

 Memandangkan keadaan ini , Sekitar  Januari 2013 , saya telah mendraf surat sokongan melalui tandatangan ibubapa untuk dihantar ke KPM. Seramai 780 orang ibubapa telah menandatangani dan memulangkan semula surat ini untuk menyatakan sokongan terhadap pembinaaan dewan ini. Surat-surat ini kemudiaannya dibinding sebanyak 3 salinan.

Saya masih ingat , ketika itu saya telah meminta YDP PIBG En. Hamid Yakob,  untuk menghantar kepada YAB Perdana Menteri ketika beliau datang ke Seremban . Seterusnya tidak berapa lama kemudiaan saya meminta pula YDP PIBG yang baru, Dato Mohd. Nordin untuk menghantarkan pula surat sokongan yang tebal ini kepada YAB Timbalan Perdana Menteri .

Sejak daripada itu, kami terus berharap dan berhubung dengan peg.awai di KPM untuk memastikan pembinaan dewan ini menjadi realiti. Saya juga telah meminta Dato Hj. Mohd Nordin agar sentiasa berhubung dan bertanyakan pegawai terbabit pada setiap kali kesempatan beliau berada di Putrajaya.

Namun begitu, kerisauan dan kebimbangan akan projek ini tidak terlaksanan terus mencemaskan hati. Kejadian banjir  di Kelantau dan pantai Timur khususnya pada hujung tahun 2014 benar-benar telah melahirkan kerisauan yang amat tinggi, bimbang kalau-kalau peruntukan ini digunakan untuk membantu mangsa kejadiaan tersebut. Namun saya bersyukur apabila pegawai di KPM terus meyakinkan bahawa pembinaan ini tetap tidak terjejas akibat kes berkenaan.

Sepanjang tahun2015, saya terus berhubung dengan pegawai di KPM hampir setiap bulan. Hampir setiap bulan juga malah setiap kali Dato Nordin ke Putrajaya , saya akan sentiasa memesan beliau agar terus bertanyakan perkara ini kepada pegawai terlibat.

Kerisauan yang memuncak ketika itu, terlerai sedikit apabila tender pembinaan dewan ini disiarkan di akhbar perdana.

Sehinggalah pada Januari 2016, saya terus menelefon pegawai berkenaan dan akhirnya, beliau memberitahu bahawa "Mesyuarat Serah Tapak akan diadakan adakabn pada hari Khamis ini , cikgu!".

Alhamdulillah....

Akhirnya pembinaan dewan ini bermula juga akhirnya pada sekitar 21 Januari 2016...

Kini kerja-kerja mensimen tapak "pilling' sedang giat dilakukan...

Namun saya terus juga bertanya, :

"Bolehkah disiappkan awal agar peperiksaan SPM tahun ini boleh dijalankan di dewan berkenaan!!".


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...