SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, October 22, 2012
SEKITAR LAWATAN BTPN, TERENGGANU KE SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, 22 OKTOBER 2012...
Lawatan penanda Arasan BTPN, Terengganu , pada hari ini menutup acara tahunan sekolah pada tahun sessi persekolahan 2012 ini.
Kunjungan ini adalah merupakan siri Benchmarking kali kedua , selepas kunjungan kumpulan pegawai cemerlanga seluruh PKG dan BTPN , seluruh negara yang berkunjung ke sekolah ini pada Jun 2012 yang lalu.
Rombongan ini terdiri daripada seramai 39 pengetua dan Guru Besar yang menjadi pengerusi PKG seluruh Terengganu, PPD dan pegawai PKG di Terengganu. Tujuan kunjungan adalah untuk mempelajari pembudayaan dan pembestarian pendidikan yang dilaksanakan di SMKTTJ.
kehadiran rombongan ini pada jam 10.30 pagi tadi telah disambut oleh Tuan pengetua, GPK dan guru-guru sekolah di hadapan pintu pagar sekolah sebelum diarak masuk ke Bilik Konfrensi untuk sessi taklimat dan penerangan. Setiap ahli rombongan juga dihadiahkan dengan buah tangan berupa sekeping DVD yang memuatkan video Korperat sekolah dan Pembentangan powerpoint yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan pengetua.
Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Amir, PP BTPN, Terengganu dan dibantu oleh Encik Mokhtar, pengetua sebuah sekolah di Terengganu.
Pelawat kemudiannya dibawa melawat beberapa tempat dan bilik berkaitan dengan aaplikasi ICT. Antar tempat yang dilawat ialah, Bilik Rawatan (kolaborasi bersama KPJ Hospital, Seremban), Perpustakaan, Bilik IT Guru (Kerjasama dengan PIBG), Bilik Radio Sekolah, Bilik APD, Makmal Komputer, Bilk peperiksaan dan pejabat.
Antara sesi yang menarik ialah demostrasi P & P menggunakan Active Board di Bilik APD. SMKTTJ mempuanyai active Board paling banyak di negeri ini iaitu sebanyak 8 buah. Sekolah ini juga dipilih sebagai 'pilot project' bagi pembelajaran menggunakan active Board.
Inovasi juga adalah sesuatu yang menjadi budaya di sekolah ini. Kita sentiasa melakukan inovasi pada setiap masa. oleh itu, tidak hairan jika ada pelawat yang hadir sebelumnya akan dapat melihat perubahan yang cepat dan banyak di dalam masa yang singkat. Antara innovasi yang boleh dilihat ialah penggunaan TV LED dan set komputer dengan monitor LED yang terdapat di Bilik Konfrensi. Begitu jugalah dengan Bilik IT Guru yang baru sahaja disiapkan dalaan bulan Oktober 2012 ini. Pembudayaan dan innovasi ini telah menjadi kemestian dan perubahan-perubahan ini akan sentiasa berlaku pada sepanjang tahun.
Rata-rata , para pelawat telah berpuashati dan kami berharap agar segala harapan mereka sebelum menjejakkan kaki di buni SMKTTJ untuk mempelajari pembudayaan dan pembestarian akan dapat diperolehi di sini.
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota lawatan dari Terengganu. Tahniah dan terimam kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan majlis kita pada hari ini.
Yakinlah bahawa kita berada di landasan yang benar untuk menuju ke arah sekolah cemerlang! ....LONJAKKAN KECEMERLANGAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment