SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, October 5, 2012

HARI KUALITI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKTTJ 2012- 5 OKTOBER 2012..

Alhamdulillah...akhirnya Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan SMK TTJ 2012 berjaya dilangsungkan dengan selamatnya. Majlis yang diadakan di ruang legar sekolah yang diubahsuai menjadi dewan , dirasmikan oleh Yb Dato S.K Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir pada majlis pada hari ini ialah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samaah Ustaz Norazamir, YDP PIBG , Dati Hj. Mohamad Nordin, Encik Arifin, Wakil PPD Seremban, JPNS, Tuan Cif Inspektor Jusman, pegawai Perhubungan Polis, wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri, Pengurus Cosmopoint Seremban, Encik Hafis Syukor, Pengurus PTPL, Encik Ridwan, pengetua, Guru Besar, pemimpin tempatan . Bersyukur sangat kerana kehadiran yang amat memuaskan terutamanya kehadiran ibu bapa dan penerima hadiah di kalangan pelajar dan bekas pelajar.
Dalam majlis pada hari ini,seramai lebih daripada 300 penerima anugerah yang menerima anugerah yang disempurnakan oleh YB Dato devamany. Seramai 248 orang penerima Program Target A, 27 orang penerima PMR 2011, 10 orang penerima SPM 2011, guru-guru, ahli komuniti , bekas pengetua dan penerima kategori Ko-kurikulum dan Sahsiah. Penerima anugerah menerima hadiah berupa sijil, wang tunai dan baucer serta hadiah iringan sepersalinan pakaian (bagi kategori utama). Sebanyak 4 kategori hadiah yang disampaikan iaitu, Anugerah Tertinggi Kualiti, Anugerah Kurikulum, Anugerah Ko-Kurikulum dan Anugerah sahsiah.
Beberapa Kategori anugerah baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Antaranya ialah, Anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas, Tokoh Pelajar, Pengekalan Pencapaian 3 tahun 100% mata pelajaran, Pencapaian GPS terbaik, KPI Pungutan Yuran PIBG, Kelas Terbaik 3K, Kepimpinan Kelas, Bilik Khas Terbaik dan Kehadiran Terbaik. Bagi kategori Anugerah tertinggi Kualiti, kategori,Jasamu Dikenang dianugerahkan kepada Puan Hjh Zaini, yang merupakan Pengetua Pertama SMK TTJ. bagi Kategori khidmat Komuniti pula dianugerahkan kepada Cosmopoint Seremban.
Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan ini merupakan acara kemuncak tahunan bagi memberikan penghargaan kepada semua warga sekolah yang telah memberikan sumbangan kecemerlangan sekolah. Ia merangkumi bukan hanya pelajar , malahan melibatkan para guru dan komuniti. Pemilihan calon-calon pemenang dilakukan dengan teliti oleh jawatankuasa yang dilantik dan akhirnya disaring dan diputuskan oleh pihak pengurusan tertinggi. ia bertujuan bagi memberikan pemenang yang benar-benar berhak dan terbaik.
Bagi kategori Anugerah target A, hadiah pada tahun ini diberikan di dalam 2 bentuk iaitu, wang tunai dan baucer ayang boleh ditukarkan dengan bayaran yuran PIBG pada tahun hadapan. Jumlah bayaran adalah mengikut pencapaian yang telah ditetapkan di dalam Program target A. bayaran tunai diberikan kepada penerima anugerah kategori PMR dan SPM 2011 dan pelajar Tingkatan 5. Pemenang terbesar hadiah kategori ini ialah Mohd. Hanafi , pelajar terbaik SPM 2011 dengan pencapaian 9 A+ dan 1A. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir, hadiah-hadiah diterima oleh ibu bapa masing-masing. bagi pihak sekolah , kami mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berdoa agar mereka semua dapat meningkatkan kecemerlangan dan meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang. tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program , terutamanya kepada YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya, Guru-guru, Jawatankuasa kerja program, dan semua yang telah membantu. Moga-moga semuanya diberikan keberkatan oleh Allah s.w.t dan diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis yang sama pada tahhun hadapan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...