SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, April 18, 2012

RUMAH ZAKAT, BANDUNG- SEMANGAT YANG PATUT DICONTOHI














PERKENALAN dengan RUMAH ZAKAT, BANDUNG, INDONESIA, bermula dengan Lawatan pertama ke sana pada tahun 2010, hanya melalui Muslim Aid Malaysia, Saudara Muhammad Kamarulazizi. Ternyata perkenalan kali pertama itu meninggalkan kesan yang mendalam juga kekaguman akan kehebatan mereka membantu anak-anak erbiar di kota Bandung.

Justeru itu, pada lawatan kali kedua ini, lantas saya memutuskan untuk memasukkan lawatan ke Rumah Zakat ini sebagai salah satu aktiviti wajib. Pada kali ini, hubungan dilakukan terus dengan Pak Donny Nur Rakhman, Pengurus Dana Rumah Zakat lewat e-mail sahaja. Ternyata, ia segera mendapat jawapan daripada Pak Donny, yang ternyata gembira dengan lawatan kami itu.

Kehadiran kami disambut oleh Pak Donny Nur Rakhman, dan rakan-rakan nya yang amat mesra di samping wajah mereka yang tenang dan terpancar cahaya keimanan dan keikhlasan dalam diri mereka. Terasa tenang dan damai ketika berada di sini bersama mereka.

Rumah Zakat Bandung , Indonesia ini adalah sebuah NGO yang bertujuan membela umat Islam di Kota Bandung dan seluruh Indonesia di dalam meneruskan kehidupan mereka. Program-program yang disediakan meliputi pelbagai jenis iaitu merangkumi bidang pendidikan percuma 100%, bantuan perniagaan kepada keluarga anak-anak terbiar di sekolah (SD dan SMKA), menyediakan bantuan ambulan, Rumah Bersalin, bantuan korban dan pelbagai lagi. Semuanya adalah secara PERCUMA!

apa yang menariknya dengan Rumah Zakat ini adalah, warga karyawannya (pekerja/ pegawainya) adalah terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 28 tahun. Objektifnya adalah mereka hanya mahukan mereka yang muda, bersemaagat dan komited dengan pekerjaan. Penampilan mereka juga amat menarik. Dengan baju kemejaberlengan panjang, berseluar hitam, kasut kulit hitam dan bertali leher , menampakkan komitmen dan kesungguhan di dalam pekerjaan mereka. Hal ini ternyata berbeza sekali dengan penampilan sesetengah NGO di negara kita, khususnya yang berkaitan dengan Islam.

Namun sesuatu yang amat menarik perhatian kita adalah budaya yang diamalkan dan menjadi syarat di dalam pemilihan pegawai/ pekerja mereka. Mereka mestilah mampu membaca Al-Quran dengan baik dan mengamalkan budaya membaca Al-Quran ini pada setiap pagi bermula sekitar jam 7.00- 7.30 pagi, dan juga setiap kali selepas solat. Ternyata inilah senjata dan rahsia komitmen mereka terhadap tugas yang amat tinggi. Inilah salah satu budaya yang wajar diikuti dan diamalkan di negara kita atau setiap sekolah.

Natijah kehebatan mereka ini, adalah kemampuan mereka membangunkan bangunan pejabat , masjid, sekolah Dasar (SD) dan SMK (Sekoilah Menengah Kemahiran), Rumah bersalin, menyediakan perkhidmatan ambulan, menyediakan pinjaman perniagaaan kepada keluarga pelajar miskin, dan memberikan pendidikan percuma 100% kepada naka-anak terbiar dan miskin di Bandung, malahan sehingga mereka ke menara gading. Semuanya PERCUMA....

Menurut Pak Donny, walaupun ada di antara penerima bantuan ini mungkin berbohong berkaitan status mereka , namun , moto mereka adalah "membantu dahulu". ini menjadikan perkhidmatan yang diberikan benar-benar ikhlas dan junur tanpa prasangka. Hanya kemudiannya barulah disiasat kedudukan ekonomi mereka sebenarnya.

Satu perkara lagi yang menarik di sini ialah konsep " berbagi itu indah? menderma itu indah" melalui Big Smile. Mereka cuba menerapkan konsep menderma itu sesuatu yang indah, bahagia dan menggembirakan...bukan membebankan!

SMK Taman Tuanku Jaafar kemudiannya telah menjalinkan kerjasama dengan Rumah Zakat untuk membantu mereka mengikut kemampuan kita atau sekurang-kurangnya membantu mempromosikan Rumah Zakat kepada masyarakat Malaysia dengan harapan akan ada yang sudi menyumbang. InsyaAllah, melalui rakaman lawatan yang akan disirkan oleh RTM melalui slot Persada Jurnal nanti, diharap akan dapat membantu mereka secara tidak langsung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...